Judul : Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com
link : Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com
Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com
Oleh Athirah Hanapiah
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan struktur organisasi barunya pada minggu hadapan.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, barisan kepimpinan utama gabungan itu bakal dihantar ke Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS) dalam masa terdekat bagi tujuan pendaftaran.
"Pakatan Harapan akan mengumumkan selewat-lewatnya minggu depan barisan kepimpinan utama untuk dihantar kepada pendaftar pertubuhan bagi tujuan pendaftaran," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.
Perkara itu sekaligus mengesahkan PH sudah mempunyai barisan kepimpinan utama yang telah dipersetujui oleh keempat-empat parti komponen gabungan tersebut.
Sementara itu Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sidang media yang sama menafikan struktur organisasi sebagaimana yang tersebar sebelum ini.
Sebelum ini struktur PH memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden gabungan pembangkang itu, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dilantik sebagai penasihat.
Jelas Mukhriz lagi, format yang dicapai pada mesyuarat hari ini adalah jauh berbeza dengan struktur yang tersebar itu.
"Yang pertamanya senarai itu tidak dimunculkan atau didedahkan oleh mana-mana wakil daripada PPBM, yang keduanya ini soal perundingan atau perbincangan dalaman dalam PH tak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.
"Saya yakin yang kita ada struktur berbeza daripada yang asal seperti yang telah kami dibincangkan.
"Dan insyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat," kata mantan Menteri Besar Kedah itu lagi.
Terdahulu, format senarai kepimpinan yang tersebar menunjukkan PPBM telah menyenaraikan Mahathir dan Muhyiddin mengetuai PH masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi , manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar menyandang jawatan sebagai penasihat kepada dua tokoh tersebut
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan umum barisan kepimpinan utama minggu depan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pakatan-harapan-umum-barisan-kepimpinan.html