Judul : Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com
link : Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com
Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com
KARACHI: Perdana Menteri Nawaz Sharif akan disoal siasat mengenai sumber kekayaan keluarganya, kali pertama perdana menteri negara terbabit berdepan siasatan seumpama itu.
Pejabat Sharif hari ini turut mengesahkan beliau dipanggil Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang ditubuhkan Mahkamah Agung untuk menyiasat dakwaan rasuah berhubung pendedahan Kertas Panama dan akan menghadiri siasatan Khamis ini.
Susulan pengumuman itu, pasaran saham Pakistan menjunam empat peratus berikutan kebimbangan pelabur bahawa ketidakstabilan demokrasi negara itu akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara itu yang mencatatkan pertumbuhan pesat kebelakangan ini.
Sharif sebelum ini menafikan sebarang salah laku oleh keluarganya yang didakwa menggunakan syarikat luar pesisir untuk membeli pangsapuri mewah di kawasan elit London dan berkata, segala kekayaan itu diperoleh secara sah.
Pada April lalu, Mahkamah Agung memutuskan bahawa Sharif tidak boleh dilucutkan daripada jawatannya kerana tiada bukti mencukupi namun pada masa sama, memerintahkan siasatan lanjut dijalankan ke atas beliau.
JIT dianggotai kakitangan agensi awam seperti Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) dan beberapa pihak lain.
Jurucakap parti pembangkang Naeem ul Haque berkata, siasatan ke atas Sharif adalah bukti jelas bahawa semua individu memiliki kedudukan yang sama rata di sisi undang-undang Pakistan. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2Akqa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakistan Siasat Sumber Kekayaan PM beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pakistan-siasat-sumber-kekayaan-pm.html