Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com

Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com
link : Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com

Paling Kurang Ada Kerja

Assalamualaikum & salam ramadhan ppl. Thanks admin kalau sudi siarkan luahan aku selaku fresh grad yang dipandang serong ni.

Walaupun aku bukan penganggur.

Aku habis pengajian bulan 11 tahun lepas. Diploma in Business Management jer. Sepanjang bulan 12 aku berlenggang kat rumah, ye lah, rehat jap lepas 3 tahun bertungkus lumus sakit-sakit otak kat U tu kan.

Masuk bulan 1, aku mula pegi merata cari kerja. Macam biasa, aku kan major in Business so ofcos cari kerja bidang aku. Tapi hampir semua tempat yang aku mintak, suruh aku apply ONLINE. Even kerja Watson pun kena apply online beb.

Apa lah confessor ni, tak peka ke zaman sekarang memang semuanya online.

Aku peka beb. Tapi aku approach dulu mana2, kot boleh di-interview terus. Ye lah business management kan macam-macam position boleh apply. Promoter pun aku sanggup.

Tapi malangnya dua jawapan jer aku terima, sama ada tak ada kekosongan atau kena mohon online. Aku pun cam, okey.

Balik rumah bukak laptop memang macam2 la aku mohon. Resume tak habis2 update, check emel, refer google okey ke tak format resume aku, then kemaskan lagi, design balik eh semua lah. Macam2 versi resume dah aku ada. Cover letter takyah cakap la.

Sampai tahap contact call centre tanya HR elok2, dah terima ke permohonan online aku. Haha.

Sampai sebulan lebih duk mohon semua benda online, tak dipanggil interview mana2 pun. Pikir mungkin sebab pengalaman kerja tak banyak. Skill yang aku ada cuma, communication & interpersonal skill masa jadi staf secret recipe dulu (zaman habis spm) dengan kemahiran komputer + photoshop.

Walaupun aku mengalah dengan persaingan hebat dunia kerja ni, aku tetap rasa tak syok beb. Nak kerja kot. Boleh beli apa aku suka, boleh belanja family aku macam orang lain. Boleh tambah income KWSP aku.

Cari punya cari kerjanya, memang tak dapat lah position yg aku mintak. Padahal gaji aku demand tak sampai 2k pun.

Disebabkan aku fed up menganggur sebulan lebih, aku pun mintak kerja balik kat secret recipe zaman aku habis spm dulu. Manager dia dah bertukar tapi rekod aku kerja still ada. Alhamdulillah beb diorg terima.

Ikutkan aku boleh jd Assistant Manager (trainee) disebabkan aku ada diploma, walaupun belum officially dapat transkripnya.

Tapi sebab aku baru dan rekod kerja situ pun dah gap dekat 4 tahun, banyak benda aku lupa, aku kerja balik jadi staf biasa bergaji 1.5k++. Ok la tu.

Sekarang masuk 4 bulan aku kerja sini. Manager aku nak naikkan aku jadi assistant dia, gaji 2k++ lepas raya ni (katanya). Dia nampak aku berpotensi. Alhamdulillah.. Masa tu rasa mcm nak sujud syukur jer.

Semua benda jadi indah sampai lah minggu lepas masa awal ramadhan aku balik kampung nenek, berbuka dengan sedara mara. Diorg semua tahu aku dah habis dip jadi diorg apa lagi, serbu la tanya soalan2 mcm ni:

Kerja dah sekarang?
Kerja mana?
Jadi apa?
Gaji okey ke tu?

Dan bila aku jawab aku kerja secret recipe.. zupppp! Soalan pun bertambah panasss.

Oh, part time jerla ea?
Secret recipe jer?
Nape tak kerja bahagian bisnes?
Steady ke eh kerja tu?
Kerja macam tu budak PMR pun boleh.

Meledak-ledak jer aku rasa. Padahal bulan puasa lagi dia judge2 kerja kita kan hmm. Lagi2 part kata kerja ni budak PMR pun boleh ish at least kerja aku halal tau.

Makcik makcik ni bukan tahu pun realiti kerja sekarang. Semuanya online. Ingat senang ke nak bersaing macam ni? Susah tau. Kalau aku tunggu kerja bidang aku jer memang berjanggut dah aku tunggu kt rumah check emel smpai ke sudah tak dapat2 kerja.

At least aku kerja secret recipe jer ni, pengalaman aku bertambah.
At least aku kerja secret recipe jer ni, aku dapat gaji.
At least aku kerja secret recipe jer ni, skill kerja meningkat. Resume cantik.
At least aku kerja secret recipe jer ni, raya nanti aku boleh bagi duit raya kat anak-anak hangpa.

Hangpa apa tau? Tau jadi makcik makcik berleter je kan?

Memang banyak kali tau kena tanya mcm ni. Tak dinafikan aku memang nak kerja yang lebih daripada ni.

Tapi pikir balik, okey dah kot. Course aku pun bisnes, kira kalau aku naik jadi asst.manager, tercapai la bidang aku.

Kalau tak dapat pun, at least jadi staf biasa ni dapat la aku pegang cash register, merasa opening closing outlet. Key in order. Serve order. Masuk kitchen. Cari masa mop2 lantai. Layan kerenah customer lagi sampai kadang tu rasa nak nangis. Semua tu skill yang berharga tau.

Mana tahu semua ni berguna untuk kerja yang akan datang yg lagi berganda2 skill yang diperlukan? Yang penting skrg aku kerja dengan rela. At least setahun lah aku nak bertahan kat sini.

Parents aku pun nasib baik ayah aku memahami. Hes proud yang aku tak menganggur. Walaupun kadang2 dia pernah kata aku ni penat belajar 3 tahun bidang bisnes, tapi kerja aku ni tak setaraf.. but ya he still proud dengan usaha aku untuk kerja.

Sedangkan mak aku, hmm. Sama macam makcik makcik tu. Siap mintak sepupu sepapat dia recommend kan aku lagi kerja kerajaan.

Aku bukan tak nak, tapi yelah, siapa suka kerja guna cable. Lagipun kebanyakan sepupu sepapat mak tak rapat pun dengan kitorg. Tiba2 pulak mak mintak tolong depa memang janggal lah kan.

Aku senyum jer. Yang penting tiap2 bulan ada lah jumlah yang aku bagi mak bapak aku, buat duit berkat. OT lebih, aku bagi lebih. Tu jer.

Bukan riak, sekadar nak kata, kerja secret recipe jer ni pun boleh jer bagi mak bapak duit. Tak semestinya kerja grand-grand jer. Yg penting usaha kita dapatkan rezeki halal. Ye tak?

Raya ni aku tahu mesti aku akan dihantui lagi soalan2 panas dari sedara mara. Aku rasa lagi tertekan kot dapat soalan hal-hal kerja ni daripada soalan bila nak kahwin. Haha.

Apapun, utk fresh grad macam aku, aku cuma pesan jangan pilih kerja. Kerja jer mana2 kau rasa boleh sementara nak dapat kerja impian tu. Stay sampai 6 bulan setahun at least sebelum cabut secara baik. Kalau takde offer kt tmpt lain yg lagi bagus, stay jerlah kerja situ. Lagi lama kau stay lagi cantik resume kau nanti.

Kalau orang judge kerja kau tak setaraf kelulusan pun, buat taktau jer lah. Mulut orang kita tak boleh tutup beb. Tapi kita ada pilihan untuk pekakkan telinga, kentalkan mental.

At least ada kerja, ada gaji.

Teruskan kerja bersungguh2 smpai la kau rasa puas dan sayang kerja tu. Mana la tau esok lusa ada habuan dlm kerja tu yang kau tak sangka2. Rezeki Allah ni luas.

Okey la beb, tu jer la nak luahkan. Hopefully all the best to everyone especially fresh grads.

Selamat berpuasa yalls!

Tasha

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rT21UX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Paling Kurang Ada Kerja beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/paling-kurang-ada-kerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :