PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com

PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com
link : PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
 
Post Pic



SHAH ALAM: PAS sepatutnya bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memandangkan parti itu tidak lagi terikat dengan mana-mana pakatan lain.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat PAS seharusnya meletakkan lebih banyak calon pada pilihan raya kelak, tanpa memikirkan soal kalah-menang.

"Boleh menang itu isu lain, menang kalah itu isu lain. Nak bertanding semua kerusi boleh bertanding. Menang kalah cerita lain," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan PAS mahu bertanding di kesemua kerusi DUN dan Parlimen Kelantan dan parti itu mahumeletakkan calon di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN Johor.

"Saya rasa bagi saya patutnya PAS bertanding lagi banyak kerusi sebab dia (PAS) sudah tidak terikat dengan mana-mana kompromi ataupun perbincangan rakan sekutu dalam gabungan parti. Jadi saya rasa sedikit itu, dia patut bertanding lagi banyak.

"Jadi saya tidak tahulah apa yang PAS sudah melihat kepada kekuatan mereka di kawasan-kawasan di dua negeri ini khususnya. Tetapi kalau dia merasakan itu nombor yang realistik, jadi saya rasa dia kena pergi dan kalau dia rasa ada sokongan dan kekuatan saya rasa patutnya dia boleh pergi lebih banyak lagi daripada itu," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu bertegas PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi membolehkan Islam memerintah negara ini.
Hadi juga mensasarkan untuk kekal menguasai Kelantan dan Selangor, merampas kembali Terengganu, Kedah dan Perak.

Selepas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, PAS kini bebas untuk mengatur langkah menuju PRU14 yang diperlu diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

PAS bertegas akan melawan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini meskipun tidak menolak akan bekerjasama dengan parti itu dalam isu-isu membabitkan kepentingan ramai.



Demikianlah Artikel PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS patut tanding di lebih banyak kerusi - penganalisis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pas-patut-tanding-di-lebih-banyak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :