Judul : Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini beritamalay3.blogspot.com
link : Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini beritamalay3.blogspot.com
Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini beritamalay3.blogspot.com
Sepasang suami isteri serta empat orang anak yang rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan semalam, pernah merancang mengadakan kenduri arwah di kampung mereka sempena Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini.
Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini
Abang ipar kepada Allahyarham Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, Azmi Hamzah, 59, berkata keluarga terbabit yang tinggal di Putrajaya bercadang pulang ke kampung di Jelawat di sini, selama seminggu bermula sehari menjelang hari raya.
“Pada majlis kenduri itu, mereka berharap akan dapat beramah mesra dengan sanak saudara yang lama tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Jelawat hari ini.
Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut, dengan enam daripada keluarga berkenaan rentung, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan.
Mereka yang maut ialah enam sekeluarga itu yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.
Empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Muhamad Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisha, 7.
Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31 dan isteri Rosniza Othman, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Azmi berkata Wan Mohd Fauzi merupakan seorang kakitangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, manakala isterinya Mas Noraida bertugas di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya.
Katanya, ketika kejadian keluarga terbabit dalam perjalanan untuk menghantar Wan Nor Atirah ke Kolej Vokasional Kuantan, Pahang untuk menyambung pelajaran.
Beliau berkata kesemua enam mayat mangsa yang dijangka tiba dari Hospital Jempol awal pagi esok akan disembahyangkan di Masjid Naim, Jelawat di sini, sebelum disemadikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Jelawat. — Bernama
Sumber: Malay Mail
Sumber Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUMuBp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pasangan-suami-isteri-yang-rentung_94.html