Judul : Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com
link : Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com
Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru Lim Kit Siang meminta anaknya, Guan Eng, meletakkan jawatan ketua menteri Pulau Pinang berikutan kes rasuah yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menggelar Lim Guan Eng “Penang Official 1”, Setiausaha Akhbar Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memberitahu Kit Siang yang rakyat akan mengambil serius desakannya terhadap kerajaan persekutuan jika pemimpin DAP itu juga melakukan perkara sama.
Beliau juga meminta Kit Siang untuk tidak menggunakan isu lain untuk mengalihkan perhatian dari skandal dagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebaliknya, beliau patut mendedahkan salahlaku Dr Mahathir dalam perkara itu, yang didakwa membawa kepada kerugian AS$10 bilion wang rakyat,” kata Sariffuddin dalam kenyataan hari ini.
“Selepas berdekad menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kebisuan Kit Siang dalam isu ini dan kerjasamanya dengan Dr Mahathir yang pernah memenjarakan beliau – semua demi kepentingan politik – mendedahkan sifat lelaki itu, ketiadaan prinsip dan integriti, dan kemahuannya untuk berkuasa di Malaysia,” tambah beliau.
Pada 21 Jun, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI untuk menyiasat kerugian yang ditanggung Bank Negara akibat dagangan forex pada 1990-an.
Keputusan dibuat selepas laporan pasukan petugas khas yang ditubuhkan awal tahun ini mendapati ada bukti secukupnya yang mewajarkan siasatan lanjut ke atas perkara itu.
Awal hari ini, Kit Siang bertanyakan sama ada “isteri Malaysian Official 1” akan mencontohi selebriti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr yang menyerahkan aset didakwa berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
DoJ mengambil tindakan undang-undang di AS untuk menyita aset yang didakwa dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB.
Tengku Sariffuddin bertanya adakah kenyataan Kit Siang itu untuk swadiri dan tidak boleh dipercayai.
“Zaman sekarang rakyat tidak menghormati diktator, sama ada mengaku seperti Dr Mahathir atau yang dalam penafian seperti Kit Siang,” katanya.
Beliau menambah Kit Siang perlu berhenti menyembunyikan hakikat DAP memiliki kerusi pembangkang terbanyak di Parlimen maka parti itu membuat keputusan “di belakang tabir”.
“Memandangkan DAP jelas sekali ketua pembangkang, rakyat mahu tahu siapa yang akan Kit Siang calonkan sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang,” kata Tengku Sariffuddin.
“Kit Siang mesti berterus-terang siapa pilihannya, kerana rakyat berhak tahu siapa yang akan perintah mereka jika mereka undi pembangkang.”
Tengku Sariffuddin menambah kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan membawa bencana kepada Malaysia dan rakyat.
Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng didakwa menggunakan pejabat awamnya atau kedudukannya untuk memperoleh kepentingan untuk dirinya dan isteri, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan perumahan pada mesyuarat exco kerajaan negeri 18 Julai 2014.
Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Guan Eng, who is also DAP secretary-general, was also alleged to have used his position to obtain gratification by purchasing a bungalow from businesswoman Phang Li Koon for RM2.8 million, below the property’s market value of RM4.7 million on July 28, 2015.
Guan Eng dan Phang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. #sumber
Demikianlah Artikel Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai PM "Cabar" Lim Kit Siang Minta 'Penang Official 1' Berundur beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pegawai-pm-cabar-lim-kit-siang-minta.html