Judul : Pelbagai Jenis Mercun Dirampas Di Besut beritamalay3.blogspot.com
link : Pelbagai Jenis Mercun Dirampas Di Besut beritamalay3.blogspot.com
Pelbagai Jenis Mercun Dirampas Di Besut beritamalay3.blogspot.com
BESUT – Seorang operator kilang ditahan bersama mercun bernilai RM8,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Ikan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mercun tersebut dibungkus di dalam 15 kotak, 32 guni serta 10 bungkusan, dan dijangka untuk diedar di sekitar Besut sepanjang bulan puasa dan menjelang hari raya ini.
Beliau berkata serbuan dilakukan pada 4 pagi dan sekiranya mercun itu berjaya dijual, lelaki berusia 37 tahun itu mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM30,000.
“Ketika serbuan, suspek tidak melawan dan mengakui mercun berkenaan kepunyaannya yang dibeli dari Thailand dengan penghantaran dilakukan oleh sebuah lori malam kelmarin,” katanya pada sidang media di IPD Besut hari ini.
Mohd Zamri berkata siasatan lanjut ke atas suspek juga mendapati beliau bertindak sebagai pembekal kepada peruncit tempatan dan baru menjalankan kegiatan itu.
“Suspek direman empat hari bermula semalam dan dijangka didakwa di mahkamah minggu depan,” katanya.
Sementara itu di Dungun, seorang peniaga diberkas bersama pelbagai jenis mercun bernilai RM6,000 di jalan Kampung Tebing Tembah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata serbuan itu dilakukan di sebuah bilik stor berkunci kira-kira 1 pagi dan merampas 10 jenis mercun dan bunga api termasuk mercun bola dan ‘happy boom’.
Siasatan awal mendapati bekalan tersebut baru diambil oleh lelaki berusia 33 tahun itu dan belum sempat untuk dijual di sekitar Dungun. Kita tidak menolak kemungkinan bekalan tersebut diperoleh daripada pengedar di negara jiran, katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rE7pKo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelbagai Jenis Mercun Dirampas Di Besut beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Pelbagai Jenis Mercun Dirampas Di Besut beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pelbagai-jenis-mercun-dirampas-di-besut.html