Judul : Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com
link : Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com
Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com
Bagaikan sebuah galeri ia memaparkan bagaimana jenama ini bermula. Gambar yang dibingkaikan dan digantung di dinding mempunyai cerita tersendiri.
Dimulakan dengan foto kempen Tudung People pertama di Singapura kemudian gambar klasik Pengasas Tudung People Fazrena Aziz dan abangnya Dr Fazly Azry di rumah nenek mereka yang menjadi lokasi permulaan dua beradik ini menjalankan perniagaan.
Menariknya tetamu bukan setakat dihidangkan dengan pertunjukan fesyen raya, tetapi boleh mengikuti perkembangan jenama ini sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. Dilancarkan pada 2011, apabila Fazrena yang ketika itu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mula mengenakan hijab dengan sempurna.
Namun, dia berasakan selendang di pasaran terlalu kecil untuk dipakai kerana kebanyakannya pendek manakala selendang yang luas pada masa itu hanyalah pashmina. “Namun, pashmina agak keras fabriknya dan panas, tidak sesuai untuk pelajar seperti saya. Berbekalkan minat saya mula membuat rekaan selendang dan menjual di Facebook.
Tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan. Daripada beroperasi di rumah kami mengisi pesanan secara manual dan menghantar sendiri barangan kepada pengguna. Namun, kini Tudung People mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk melakukan operasi perniagaan. Tanpa mereka, mungkin Tudung People tidak menjadi gah seperti hari ini,” kata Fazrena.
Kemuncak kejayaan jenama ini apabila ia mula mengeluarkan dua ukuran selendang iaitu sederhana dan bersaiz lebar bagi memberi pilihan kepada wanita daripada pelbagai golongan usia. “Daripada saiz sederhana, kami mula menghasilkan selendang berukuran besar dan lebar iaitu L dan XL sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Lebih penting Tudung People boleh digayakan ke sebarang acara sama ada kasual, formal, glamor atau sporty,” katanya. Tidak lengkap rasanya tanpa menghasilkan rekaan tudung untuk lebaran yang sentiasa dinanti-nantikan.
Hasil rekaan yang memukau setiap selendang berasaskan rona cerah dan segar. Cetakan koleksi tudung ini diilhamkan menerusi keindahan bunga liar seperti teluki. “Cetakan khas pada helaian tudung pasti menampakkan elemen eksklusif pada pemakai.
Selain itu, tudung segera yang menjadi fenomena pada masa kini tetap dihasilkan bagi mereka yang mahu kelihatan cantik dan sopan dengan mudah. Kami juga mengeluarkan koleksi premium asas, dengan setiap helaian menggunakan material lembut seakan kapas, yang membuatkan si pemakai berasa segar dan selesa,” katanya.
Selain Malaysia, syarikat ini mempunyai 12 pengedar antarabangsa iaitu di Brunei, Singapura, Jepun, Arab Saudi, New Zealand dan Amerika Syarikat. Semua koleksi rayanya boleh didapati di Bangi Gateway dan Bangi Sentral atau menerusi penjualan dalam talian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sA8tQl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelengkap Lebaran beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pelengkap-lebaran-beritamalay3blogspotc.html