Judul : Pembangunan Modal Insan Penentu Masa Depan Negeri beritamalay3.blogspot.com
link : Pembangunan Modal Insan Penentu Masa Depan Negeri beritamalay3.blogspot.com
Pembangunan Modal Insan Penentu Masa Depan Negeri beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Pembangunan modal insan dalam kalangan siswazah menjadi aset penting kepada kemajuan industri khususnya sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata pembangunan modal insan dan kemahiran dalam kalangan siswazah bukan sahaja penting untuk Sabah, tetapi juga untuk mengisi keperluan di peringkat persekutuan.
“Kita mesti ada ilmu, pengetahuan dan kemahiran dan banyak lagi kalau kita ingin membangunkan negeri kita. Oleh itu saya berharap mahasiswa lebih fokus dengan pembelajaran masing-masing dan tidak terpengaruh dengan tohmahan berita yang boleh merosakkan pemikiran,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah, di sini malam tadi.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.
Musa, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata kerajaan negeri sedia memberi ruang kepada mahasiswa negeri itu untuk menabur bakti dan membangunkan Sabah terutamanya di dalam tiga sektor penting iaitu pertanian, pelancongan, dan pembuatan.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata sejak Yayasan Sabah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, fokus pembangunan modal insan sentiasa menjadi keutamaan dan setakat ini, 18,236 pelajar memperoleh manfaat daripada tajaan Biasiswa Tinggi Yayasan Sabah berjumlah RM304.7 juta.
“Jumlah ini termasuk 488 pelajar yang mendapat manfaat daripada Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah dengan perbelanjaan RM78.3 juta sejak 1990,” katanya.
Kira-kira 1,300 pelajar Sabah daripada lebih 30 pusat pengajian tinggi awam dan swasta menghadiri majlis berbuka itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLDFcH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pembangunan Modal Insan Penentu Masa Depan Negeri beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Pembangunan Modal Insan Penentu Masa Depan Negeri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pembangunan-modal-insan-penentu-masa.html