Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com

Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com
link : Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com


KUCHING – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang dianggapnya kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Pengerusinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan melabel Menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Abdul Karim yang diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Beliau berkata sebagai sebuah keluarga besar dalam BN, apa juga isu terutama yang menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media, kerana ia boleh mencetuskan kemarahan netizen.

“Jika ada isu-isu yg hendak dijelaskan, maka ia harus dilakukan secara baik dan berhemah dan bukannya dengan memperlekeh sesama pemimpin dalam parti komponen yang sama,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Pemuda BN Sarawak berpendirian bahawa semangat saling menghormati dan permuafakatan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaikan dalam saluran parti yang harmoni.

Beberapa portal media melaporkan Nazri mengungkap kata-kata itu ketika ditemui pemberita selepas program Iftar @ KL di Dataran Merdeka semalam, sebagai mengulas beberapa kenyataan Abdul Karim mengenai pelaksanaan Cukai Pelancongan mulai 1 Julai ini.

Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata tindakan melabel sesama sendiri sebagai ‘samseng’ juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaskan imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB.

“Kita boleh berbincang, berbeza pendapat dan seterusnya mengambil kesempatan itu untuk bermuafakat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik kepada semua perkara,” katanya.

“Dalam berdepan apa juga isu, Pemuda BN Sarawak berpendirian, yang paling utama ialah semangat dalam sebuah keluarga besar iaitu keluarga BN, parti yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, perlu dijunjung dan dipertahankan,” tambahnya. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda BN Sarawak Kecam Kenyataan Nazri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pemuda-bn-sarawak-kecam-kenyataan-nazri_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :