Judul : Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com
link : Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com
Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan memberi sokongan dan memiliki 23 video berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
Muhammad Ikhwan Ahmad Shukri, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudiannya menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memberi sokongan dengan cara berbaiah kepada kumpulan pengganas Daesh menggunakan nama Ameer Khattab di dalam kumpulan aplikasi telegram 'gagak hitam' di Lot 2, Kampung Bukit Acheh, Merbok, Kuala Muda, Kedah kira-kira 5.06 petang, 30 Mac 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130 J (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa memiliki 23 video di dalam telefon bimbitnya yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu di tempat yang sama, kira-kira 8.45 pagi, 28 Sept 2016.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ri7DH6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penganggur Didakwa Beri Sokongan, Miliki 23 Video Berkaitan Pengganas Daesh beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/penganggur-didakwa-beri-sokongan-miliki.html