Judul : Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com
link : Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com
Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com
SYDNEY - Australia, semalam merancang untuk membina pusat tahanan pertama yang bertujuan untuk mengasingkan militan dan menghentikan penyebaran propaganda radikal melalui sistem penjara sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi keganasan.
Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata, unit di dalam penjara dengan sistem keselamatan tinggi mempunyai kapasiti untuk 54 banduan yang akan diasingkan dan dipantau secara ketat.
"Kerajaan memperuntukkan AS$47 juta (RM200 juta) untuk tempoh tiga tahun akan datang bagi menyediakan kapasiti tambahan pengasingan tahanan yang dilihat berpotensi menyebarkan fahaman radikal di penjara.
"Kini, terdapat 33 banduan di Pusat Tahanan New South Wales dipenjarakan atas kesalahan keganasan. Kerajaan akan ambil sebarang peluang untuk pendirian lebih tegas dalam memerangi aktiviti keganasan," katanya.
Difahamkan, Australia sering menjadi sasaran serangan tunggal atau lone wolf menyebabkan kerajaan terpaksa menyemak semula kuasa pihak berkuasa negeri dan persekutuan.
Khamis lalu, polis di New South Wales diberi kuasa menembak suspek yang ada kaitan dengan insiden keganasan walaupun jika penyerang tidak memberi sebarang ancaman.
Terdahulu, Perdana Menteri, Malcolm Turnbull memberi isyarat pembaharuan undang-undang parol termasuk larangan parol bagi pesalah ada kaitan dengan militan susulan insiden kepungan oleh Daesh pada Isnin lalu.
Polis menembak mati Yacqub Khayre yang masih dalam parol selepas dia membunuh seorang lelaki dan menahan tebusan wanita selama beberapa jam - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siJAJy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengasingan Militan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pengasingan-militan-beritamalay3blogspo.html