Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com

Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com
link : Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa penggunaan peluntur benzoil peroksida di dalam tepung gandum dan makanan adalah selamat dan dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan KKM ke atas 202 sampel pelbagai tepung di pasaran dari tahun 2014 menunjukkan semua tepung itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau menjelaskan bahawa bahan itu juga telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

"Justeru Codex Alimentarius Commission (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah JECFA telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa pengunaan bahan peluntur itu di dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata penambahan benzoil peroksida di dalam tepung gandum setakat ini dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat, manakala Australia dan New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Beliau berkata KKM amat peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti saintifik daripada badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau mengakses laman sesawang http://moh.spad.gov.my atau Facebook http://ift.tt/1vVF64U, sekiranya mempunyai kemusykilan terhadap sebarang isu keselamatan makanan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqSoMM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/penggunaan-benzoil-peroksida-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :