Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com

Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com
link : Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com


SEPANG: Tabung Haji (TH) bersedia dari segi penginapan untuk menyambut ketibaan 30,200 orang jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci bermula Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata persediaan rapi terutama penginapan perlu dilakukan berikutan jumlah jemaah haji yang bertambah 7,880 orang selepas kerajaan mendapat keizinan tambahan kuota haji daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

"TH berjaya menguruskan persediaan 23 tempat penginapan yang terletak kira-kira 950 meter daripada Masjidil Haram di Makkah dan 11 penginapan yang terletak 330 meter daripada Masjid Nabawi, Madinah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pulang daripada lawatan kerja dan tinjauan persiapan TH di Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain itu, katanya, penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci akan berlepas dari Malaysia pada 24 Julai dan penerbangan terakhir pada 25 Ogos.

"Penerbangan nanti akan membabitkan lapan lapangan terbang iaitu di KLIA, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

"Semua jemaah haji negara dijadualkan pulang semula ke tanah air pada 7 September dan penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Oktober," katanya.

Katanya, dalam pada itu semua bakal haji perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Kementerian Kesihatan dan memenuhi keperluan dalam buku perubatan termasuk mendapat suntikan Vaksin Meningitis ACYW135.

"Jemaah haji juga digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan vaksin pneumokokal bagi jemaah yang berusia 50 tahun ke atas bagi mencegah risiko penyakit kronik seperti jangkitan paru-paru, darah tinggi dan lain-lain," katanya.-BHarianOnline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSF1D7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penginapan jemaah haji Malaysia sudah sedia beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/penginapan-jemaah-haji-malaysia-sudah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :