Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com

Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com
link : Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com


SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Zulfarhan merupakan pegawai kadet laut tahun tiga ditemui memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan berita kematian mangsa menerusi laman Twitternya.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, “ kata beliau.

Sementara itu, ibu bapa arwah yang nyata terkejut dan sedih dengan kematian anak mereka menyatakan Allahyarham merupakan anak harapan keluarga.

“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” luah bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, lapor Harian Metro.

Menurut Zulkarnain, dia melihat kesan melecur akibat ditekap seterika wap di bahagian dada, tangan dan kaki jenazah anaknya sebelum proses bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.

Kali terakhir Zulkarnain bertemu dengan arwah anaknya itu adalah dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.

Reda dengan pemergian anaknya, Zulkarnain berharap pihak pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian tersebut dengan telus dan adil.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.

“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Media hari ini melaporkan seramai 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian Zulfarhan.

Zulfarhan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam selepas dihantar mendapatkan rawatan di hospital tersebut oleh beberapa orang rakan dipercayai akibat didera menggunakan seterika wap. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/penuntut-upnm-mati-didera-rakan-guna_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :