Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com

Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com
link : Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com

Bernama 


Kecurigaan beberapa nelayan tempatan di Langkawi terhadap gelagat sekumpulan lelaki membuang beberapa bungkusan plastik besar ke laut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 629kg dadah disyaki ganja ke pulau ini semalam, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini.

Pengarah Maritim APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, kumpulan penyeludup itu bertindak membuang bungkusan dadah yang dinilai kira-kira RM1.8 juta dalam pasaran gelap itu daripada bot mereka sebelum melarikan diri selepas menyangkakan nelayan-nelayan berkenaan sebagai pihak penguatkuasa.

"Melihat gelagat mencurigakan itu, nelayan-nelayan ini telah menghubungi APMM dan bot peronda kami, Petir 81, telah bergerak ke lokasi kejadian yang terletak 6.5 batu nautika (kira-kira 12km) ke barat daya Pulau Cupu di sini," katanya kepada media di Langkawi.

Setibanya pasukan APMM ke tempat kejadian, bot yang digunakan penyeludup-penyeludup berkenaan tidak kelihatan namun 16 bungkusan plastik yang dibuang itu berjaya ditemui dan pemeriksaan lanjut mendapati di dalamnya mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

Zulkarnain berkata ini merupakan rampasan terbesar dadah yang direkodkan APMM di wilayah ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama




Demikianlah Artikel Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyeludup buang lebih 600kg ganja ke laut beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/penyeludup-buang-lebih-600kg-ganja-ke_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :