PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com

PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com
link : PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOA.COM

Post Pic
 
 
KOTA TINGGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) diselesaikan segera sebelum bulan Ramadhan berakhir.   
 
Kata Najib, tiga prinsip perlu ditekankan dalam penyelesaian kemelut berkenaan, yang mana pokoknya penyelesaian isu itu mesti mematuhi undang-undang syarikat selaras kedudukan FGV yang disenaraikan di bursa saham.
 
"Prinsip penyelesaian kedua, ia mesti selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik. 
 
"Ketiga, proses yang nak dilakukan sehingga kebuntuan keputusan muktamad mesti melalui proses yang adil," katanya ketika berucap pada Program Ihya Ramadan FELDA peringkat kebangsaan 2017 dan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong, di FELDA Sungai Sayong di sini, malam ini.
 
Tambahnya, isu itu sudah dibincang dengan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad. 
 
"Kita melantik Datuk Seri Idris Jala untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang berlaku berpandukan tiga prinsip yang saya sebutkan ini. 
 
"Ini bagi memastikan fakta yang dapat kita tentukan itu adalah fakta yang tepat dan akhirnya kita dapat buat keputusan. 
 
"Saya mengharapkan isu ini diselesaikan secepat mungkin, saya ingat dapat selesaikan pada bulan Ramadan ini juga," katanya lagi. 
 
Selasa lalu, lembaga pengarah FGV mengarahkan empat pegawai kanan agensi perladangan itu, termasuk presiden kumpulan dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, bercuti berkuat kuasa serta merta.
 
Arahan bercuti itu dikatakan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
 
Selain Zakaria, tiga lagi yang dipaksa cuti adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
 
 


Demikianlah Artikel PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM mahu kemelut FGV diselesaikan sebelum Ramadhan berakhir beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/pm-mahu-kemelut-fgv-diselesaikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :