Judul : Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan beritamalay3.blogspot.com
link : Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan beritamalay3.blogspot.com
Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan beritamalay3.blogspot.com
BANGI, SELANGOR – Susulan kematian penuntut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, polis akan mengambil keterangan doktor klinik swasta yang terlibat untuk membantu siasatan kes buli tersebut, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan yang ada berhubung kes itu, termasuk seorang bomoh yang dilaporkan telah membantu suspek.
“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba itu. Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya,” katanya.
Menurut Fadzil Ahmat, siasatan kes itu mungkin akan mengambil masa yang lama berikutan ia membabitkan ramai suspek dan memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus.
Dalam kejadian 21 Mei 2017, Allahyarham telah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum beberapa bahagian badannya ditekap dengan seterika wap.
Menurut rakannya, Allahyarham antara individu yang dituduh mencuri komputer riba berkenaan tetapi tidak menyangka Allahyarham diperlakukan seperti itu selama beberapa hari sehingga meninggal dunia kelmarin.
credit – The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTviKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/polis-cari-bomoh-yang-petik-nama_4.html