Judul : Polis Nafi Kes Culik Kanak-kanak Lelaki beritamalay3.blogspot.com
link : Polis Nafi Kes Culik Kanak-kanak Lelaki beritamalay3.blogspot.com
Polis Nafi Kes Culik Kanak-kanak Lelaki beritamalay3.blogspot.com
SHAH ALAM – Polis menafikan wujud kes culik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga di sini, yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.
“Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata polis akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas maklumat yang telah disebarkan tersebut.
Shafien turut menasihati orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-5520 2022.
“Kita juga berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita tular itu, sebaliknya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu,” katanya.
Semalam, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp bahawa seorang budak lelaki diculik dengan cara ditarik masuk ke dalam sebuah van putih di hadapan rumahnya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6KpVK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Polis Nafi Kes Culik Kanak-kanak Lelaki beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Polis Nafi Kes Culik Kanak-kanak Lelaki beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/polis-nafi-kes-culik-kanak-kanak-lelaki.html