PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com
link : PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAN DIGEST

 
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyerahkan memorandum bagi mendesak Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Mohd Shahir Wan Abd Jalil berkata, desakan itu ekoran prestasi Isa yang dilihat gagal menguruskan syarikat perladangan tersebut dengan baik.

"Kerugian FGV sebanyak lebih kurang RM13.4 bilion sejak 2012 sudah cukup untuk Tan Sri mengundurkan diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik," katanya.

Selain PPBM, memorandum itu turut digerakkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (PENEROKA).

Ia diserahkan kepada Pengurus Besar Komunikasi Korporat FGV Arif Ahmad Yeop.

sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi turut membuat gesaan serupa, namun Isa menyifatkannya sebagai 'tiada keperluan' kerana dirinya tidak bersalah.

Kemelut tercetus selepas FGV mengarahkan empat pengurusan kanannya bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.

Ia berkaitan tunggakan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Product Sdn Bhd.

Empat mereka adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd Karim.

Susulan itu, kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala selaku orang tengah yang akan berperanan sebagai pihak bebas bagi menyusun serta menyediakan fakta mengenai arahan bercuti terhadap empat pengurusan kanan itu, dan seterusnya memberi cadangan kepada FGV berhubung perkara tersebut.- Antarapos



Demikianlah Artikel PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Hantar Memorandum Desak Isa Letak Jawatan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ppbm-hantar-memorandum-desak-isa-letak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :