Judul : Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com
link : Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com
Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com
DOHA: Pihak berkuasa Qatar semalam berkata, rakyat negara yang memutuskan hubungan dengannya akan dibenar menetap di negara itu walaupun kerajaan negara berkenaan mengusir rakyat Qatar.
Kenyataan yang disiarkan media milik kerajaan melaporkan, Doha tidak akan bertindak terhadap penduduk Qatar yang mempunyai kerakyatan negara yang memutuskan atau menurunkan taraf hubungan diplomatik dengannya berikutan kempen bermusuhan yang dilancarkan terhadapnya.
Menurutnya, Qatar bertindak ‘selaras dengan kepercayaan dan prinsipnya.’
Keputusan itu membabitkan lebih 11,000 orang dari negara Teluk - Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang menetap di Qatar.
Arab Saudi dan sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar minggu lalu dengan menuduh ia menyokong keganasan.
Selain memutuskan hubungan udara, laut dan darat dengan Qatar, negara berkenaan mengarahkan rakyat negara itu keluar dalam masa 14 hari.
Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, negara Teluk yang menentang Qatar tidak mempedulikan isu kemanusiaan.
Sementara itu, badan rasmi yang mengawas aktiviti kebajikan Qatar menyangkal dakwaan pertubuhan kebajikan negara itu menyokong keganasan.
Dalam satu kenyataannya semalam Lembaga Pengawas Akitiviti Kebajikan berkata, ia kesal dengan tuduhan tidak berasas itu.
Lembaga berkenaan mengulas kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyokong dakwaan Arab Saudi dan sekutunya bahawa Qatar membiayai keganasan.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2taJu3l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Qatar Tidak Balas Dendam beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/qatar-tidak-balas-dendam.html