Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com

Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com
link : Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com

Memang susah nak cari air katira kalau bukan di bulan Ramadhan. Itu pun, tak ramai peniaga yang menjual minuman istimewa ini kerana bahannya agak sukar untuk dicari.

Minuman ini popular terutamanya di negeri Johor. Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan, India Selatan, dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura. Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air katira asli dihimpunkan pelbagai jenis buah-buahan – antaranya getah anggur (katira), kembang semangkuk, kismis, badam, kurma, dan susu segar. Wah, patutlah harganya boleh tahan mahal berbanding dengan minuman lain!

Apapun, di sini kami kongsikan cara pantas untuk membuat air katira yang direka oleh Puan Sheila Fendy. Pada awalnya beliau sekadar mencuba, tapi tak sangka rasanya begitu mirip dengan air katira. Bolehlah sekadar melepaskan dahaga, bukanlah bermaksud ‘melawan’ resepi air katira asli ya!

Resepi Air Katira Versi Jimat Dan Ekspres. Tapi Serius Sedap!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahannya mudah saja. Maklumlah, resepi ekspres.

Bahan-bahan

  • Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
    *Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti air tu? Ya sahabat semua, tak rasa tebu pun. Tapi rasa macam air katira sebenarnya.
  • Susu pekat manis
  • Chia seed / biji selasih
  • Cincau
    *Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

CARA-CARA

Berikut adalah cara membuatnya. Senang saja.

#1. Masukkan Perasa Tebu

Mula-mula, masukkan perasa ikut banyak mana bancuhan kita.

#2. Campurkan Cincau

Seterusnya masukkan cincau. Sebenarnya saya cari cincau asli di kedai tapi tak ada stok, semuanya habis. Jadi, saya guna cincau dalam tin saja. Saya tapiskan cincaunya.

#3. Tambahkan Chia Seed / Biji Selasih

Seterusnya saya tambahkan chia seed. Kalau ada biji selasih, bolehlah gunakan biji selasih.

#4. Masukkan Susu Pekat Manis

Akhir sekali, masukkan susu pekat manis sesedap rasa.

#5. Bancuhkan Air Kosong Secukupnya

Kemudian, masukkanlah air kosong dan ais buat penyejuk tekak. Siap!

Boleh Tambah Bahan Lain Ikut Kreativiti

Resepi ini memang ekspres dan simple sahaja. Boleh berjimat dan buat banyak-banyak bagi satu keluarga minum.

Kalau ada yang cukup bahan mcm yang digunakan dalam resepi air katira asli, bolehlah ditambahkan ke dalamnya. Kalau tak ada, pakai apa yang ada sajalah. Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.

Apapun, terima kasih bagi yang sudi mencuba resepi air katira ini.

sumber: siraplimau



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY2PE2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Resepi Air Katira Versi Ekspres & Jimat, Serius Sedap beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/resepi-air-katira-versi-ekspres-jimat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :