Judul : Rusia Gesa Negara GCC-Qatar Selesai Krisis Menerusi Dialog beritamalay3.blogspot.com
link : Rusia Gesa Negara GCC-Qatar Selesai Krisis Menerusi Dialog beritamalay3.blogspot.com
Rusia Gesa Negara GCC-Qatar Selesai Krisis Menerusi Dialog beritamalay3.blogspot.com
MOSCOW – Rusia menggesa negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang memutuskan hubungan dengan Qatar menyelesaikan krisis yang berlaku menerusi dialog, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dalam satu kenyataan pada Rabu berkata krisis semasa melibatkan Qatar adalah membimbangkan, dan menekankan betapa pentingnya ia diselesaikan di meja rundingan untuk mengelak berlakunya perkara tidak diingini, selain mencari jalan untuk menangani ancaman sebenar yang dihadapi iaitu keganasan.
Jelas beliau, perbualan telefon di antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani pada Selasa juga berkisar kepada perkara ini.
Tiga negara anggota GCC – Bahrain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu – dan Mesir memutuskan hubungan mereka dengan Qatar pada Isnin. Langkah sama kemudiannya diikuti Yaman, Libya dan Maldives.
Qatar didakwa menyokong kumpulan pelampau dan menggugat kestabilan rantau itu, namun Qatar menolak tuduhan berkenaan dan menyifatkan langkah diambil negara-negara tersebut ‘tidak wajar’ dan ‘tidak berasas’. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4qsPA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Rusia Gesa Negara GCC-Qatar Selesai Krisis Menerusi Dialog beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Rusia Gesa Negara GCC-Qatar Selesai Krisis Menerusi Dialog beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/rusia-gesa-negara-gcc-qatar-selesai.html