Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com

Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com
link : Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com

Menjadi lumrah anak seni setiap perbuatan pasti menjadi perhatian peminat.

Lebih-lebih lagi, mutakhir ini media sosial menjadi penghubung pantas di antara selebriti dan masyarakat.

Tidak terkecuali pasangan gandingan popular drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura.

Banyak rintangan dan dugaan perlu dilalui pasangan ini apabila dikatakan dicemburui banyak pihak berikutan populariti drama arahan Michael Ng itu.

Ada sahaja cerita kurang enak atau komentar berbaur negatif dikaitkan dengan dua pelakon terkenal ini.

Tidak cepat melatah, dua gandingan serasi ini tenang menepis setiap anasir jahat yang cuba menghancurkan karier seni mereka.

Fazura berkata, dia percaya setiap manusia pasti akan diuji sebelum menikmati perkara yang baik dalam hidup.

“Saya rasa sebelum sesuatu perkara nak jadi baik pasti ada dugaan dan halangan yang perlu ditempuh. Saya selalu pesan kepada Fattah bahawa kita sukar untuk membaca isi hati dan niat seseorang.

“Jadi sebagai manusia, kita hanya mampu bersabar dan reda dengan setiap ujian. Selain itu, sebagai selebriti kita perlu bijak mengawal setiap perkara dengan baik supaya tidak disamakan dengan mereka yang menyebarkan cerita buruk. Ini kerana setiap perbuatan seseorang adalah refleksi dirinya,” katanya.

Fattah pula mengakui terkilan apabila ada pihak yang membuat perbandingan apabila dia bergandingan dengan Fazura.

Lebih menyedihkan, ada pihak sanggup menggodam akaun penyokong mereka.

“Budaya membandingkan drama adalah perkara yang tidak sihat dalam industri. Setiap naskhah dihasilkan dengan sehabis baik oleh pelakon dan kru produksi. Tambahan pula, setiap drama mempunyai kekuatan dan keistimewan masing-masing. Bagaimana produk tempatan mahu ke depan jika kita tidak sokong?

“Selain itu, saya juga kesal apabila baru-baru ini, akaun Instagram ‘klien’ saya digodam ketika majlis sedang berlangsung. Tergamak mereka menutup periuk nasi orang.

“Saya kecewa kerana kami tidak mengganggu sesiapa dan hanya melaksanakan tugas yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, diajak berkongsi mengenai kemesraan mereka dalam drama Hero Seorang Cinderella hingga timbul pelbagai spekulasi, Fattah berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada umum untuk menilai.

“Kemesraan yang ditonjolkan dalam drama Hero Seorang Cinderella adalah sebahagian daripada tugas kami. Jadi terpulang kepada umum untuk menilainya.

“Sebagai pelakon, saya sudah lakukan sehabis baik untuk memastikan drama ini berjaya,” katanya.

The post Sabar hadapi rintangan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiO5jJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sabar hadapi rintangan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sabar-hadapi-rintangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :