Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com

Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com
link : Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com

DETIK DAILY




SANGAT menyedihkan setiap kali menjelang bulan Ramadan isu pembaziran dikalangan umat Islam khususnya di negara kita Malaysia sentiasa menjadi isu yang diperkatakan.

Bulan Ramadan yang mana umat Islam sepatutnya mengamalkan sikap bersederhana dalam segala hal dan berusaha mengekang keinginan hawa nafsu, namun ketika inilah berlakunya peningkatan pembaziran khususnya melibatkan makanan.

Menurut kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) seperti mana dilaporkan, ketika Ramadan setiap tahun, rakyat di negara kita membuang sekitar 270,000 tan makanan iaitu meningkat sekitar 20 peratus berbanding di bulan-bulan  lain. Jumlah yang sama juga berlaku ketika musim perayaan.

Walaupun laporan itu mungkin mengejutkan tapi ia bukanlah menghairankan jika diperhatikan budaya masyarakat kita berbelanja untuk menyediakan juadah menjelang waktu berbuka.

Lihat sahaja bazar-bazar Ramadan dimerata- rata tempat sentiasa penuh dengan orang ramai menjelang petang sehingga sanggup berasak-asak selain mengakibatkan kesesakan jalan raya.
Masing-masing pula membeli pelbagai jenis makanan serta minuman walaupun melebihi daripada yang diperlukan.

Begitu juga berlaku di restoran-restoran yang menyediakan hidangan berbuka puasa terutamanya secara buffet, dipenuhi dengan lambakan pelbagai jenis makanan untuk menarik kedatangan pengunjung tapi sebahagiannya hanya dibuang begitu sahaja.

Makanan-makanan inilah akhirnya yang memenuhi tong-tong sampah sehingga dikatakan jika disusun secara menegak akan menjadi setinggi banggunan KLCC atau menurut analisis SWCORP jumlah sisa makanan yang terbuang itu boleh dihidangkan kepada 180 juta orang.

Maka tidak hairanlah dalam masyakarat kita bulan Ramadan lebih dkenali sebagai bulan pesta makan-makan berbanding bulan untuk beribadat seperti mana sepatutnya.

Justeru, ketika Ramadan masih berbaki beberapa hari ini eloklah masing-masing cuba bermuhasabah untuk melihat di mana kesilapan atau apa sebenarnya yang tidak kena sehingga terjadinya budaya negatif ini.

Amatlah malang sekiranya fenomena ini akan berulang dan terus diperkatakan pada masa-masa akan datang kerana ia akan memalukan kita sebagai umat Islam yang sepatutnya menunjukkan contoh lebih baik dari penganut agama-agama lain kerana itu yang dituntut ke atas kita.

Mungkin kita boleh mulakan ketika sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan cuba untuk bersederhana.

Dalam masa yang sama menghidupkan budaya ziarah menziarahi yang boleh merapatkan tali persaudaraan dan mengeratkan persahabatan disamping membanyakkan amalan bersedekah untuk membantu insan yang kurang bernasib baik.



Demikianlah Artikel Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sampai bila pembaziran di bulan Ramadan terus berulang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sampai-bila-pembaziran-di-bulan-ramadan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :