Judul : Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com
link : Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com
Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com
Kerajaan Sarawak menyifatkan pelancaran penerbangan terus antara Kuching dan Pontianak, Indonesia sebagai satu lagi detik penting dalam pembangunan pelancongan di negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Hamzah berkata kesalinghubungan ialah perkara utama yang diberi tumpuan dalam industri pelancongan.
Beliau sebelumnya menyambut ketibaan sekumpulan pelancong dari Indonesia yang menaiki penerbangan sulung AirAsia dari Pontianak hari ini. AirAsia akan mengadakan tujuh penerbangan seminggu antara kedua-dua bandaraya itu
Abdul Karim berkata maklum balas yang diterimanya daripada peserta industri semasa lawatannya ke Guangzhou, China ialah kesalinghubungan penerbangan terus ke Sarawak merupakan faktor utama kejayaan jika Sarawak mahu menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang utama kepada ekonominya.
Beliau berkata penerbangan Kuching-Pontianak oleh AirAsia yang mengambil alih daripada penerbangan MASWings yang menarik diri daripada laluan tersebut Februari tahun lepas adalah langkah yang dialu-alukan bagi Sarawak.
"Kita mengalu-alukan lebih banyak penerbangan yang meningkatkan perkhidmatan dan salinghubungan antara Kuching dan Pontianak sebagai segmen pelancongan perubatan kerana penerbangan tersebut bakal mencatatkan pertumbuhan dan berkembang," kata beliau pada sidang media selepas menyambut pelancong dari Indonesia itu.
Sebagai inisiatif timbal-balik, Sarawak melalui Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan bekerjasama dengan AirAsia bagi membangunkan laluan itu dan sedang bekerja bersama-sama dalam beberapa aktiviti promosi untuk merangsang pasaran dan membantu mengekalkan penerbangan dengan tumpuan kepada Pontianak dan kawasan luarannya.
Beliau berkata satu pasukan bersama juga sedang mengkaji untuk melibatkan semua pihak berkepentingtan dalam industri pelancongan perubatan untuk merangka satu pelan strategik bagi mempromosi bersama pelancongan perubatan di Indonesia serta mencari titik persamaan dalam industri pelancongan pendidikan bagi mempromosikan pendidikan tinggi di Sarawak.
Beliau berkata sebanyak 490,581 pelancong dari Indonesia melawat Sarawak tahun lepas, merosot sebanyak 5.60 peratus berbanding 483,171 orang pada 2015.
Beliau juga berkata purata 21,603 pesakit dari Indonesia mendapatkan rawatan di hospital swasta di Sarawak pada 2016 untuk membolehkan Sarawak meraih pendapatan kira-kira RM142.6 juta.
"Melalui penerbangan terus oleh AirASia ini, ia juga meningkatkan lagi potensi untuk meneroka pasaran lain selain Indonesia," kata beliau dan menambah penumpang transit dari pasaran lain sperti China dan Eropah juga boleh memanfaatkan penerbangan terus ini.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMIrGq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sarawak Sifatkan Penerbangan Terus Kuching-Pontianak Oleh Airasia Sebagai Detik Penting Pelancongan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sarawak-sifatkan-penerbangan-terus.html