Judul : “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com
link : “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com
“Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com
KAJANG – “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap.
“Namun Tuhan itu Maha Penyayang. Meskipun saya melupakan tikar sejadah bertahun-tahun lamanya, Dia tetap berikan saya peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan,” demikian kata bekas pereka hiasan dalaman, Diana Rosli (bukan nama sebenar).
Wanita berusia 30 tahun dari Sungai Buloh, Selangor itu adalah antara 1,421 wanita yang ditahan di Penjara Wanita Kajang, di sini.
Diana ditahan Jun tahun lalu kerana memiliki ganja dan dipenjara enam tahun atas kesalahan berkenaan.
Diana berkata, dia mula mengenali ganja ketika berusia 18 tahun dan mengakui adalah seorang penagih tegar.
Kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia enam tahun itu, daripada hanya suka-suka untuk berparti di kelab malam, dia mula menghisap ganja untuk membantunya berjaga malam bagi menyiapkan tugasan pengajian diploma di sebuah kolej.
Katanya, selepas tamat pengajian serta mendapat pekerjaan sebagai pereka hiasan dalaman, ketagihannya semakin sukar untuk dikawal.
“Saya perlukan ‘ia’ hampir setiap hari untuk kekal tenang dan rasa gembira. Bila perasaan itu ada, lebih mudah untuk mendapat idea bagi menghasilkan lakaran hiasan dalaman yang menarik,” katanya kepada Harian Metro.
Diana berkata, tidak seperti dadah sintetik yang lebih mahal, ganja sebaliknya lebih murah di pasaran sebagai contoh, dadah itu seberat 50 gram (g) boleh diperoleh pada harga RM100 saja.
Katanya, bekalan sebanyak itu tidak dapat bertahan sampai sebulan kerana hampir setiap hari dia ‘memerlukannya’.
“Jika tidak menghisap secara terus, saya akan memasukkannya di dalam masakan dan sebagainya.
“Namun, semua itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa sehingga semuanya terbongkar apabila ditahan tahun lalu,” katanya.
Menurut Diana, dia terlalu merindui anaknya yang kini dijaga keluarga bekas suami dan berharap dapat bertemu dengannya menjelang Aidilfitri ini.
Katanya, sehingga kini anak lelakinya masih tidak mengetahui penahanan itu dan dia terpaksa menipu dengan mengatakan dirinya terbabit dalam kemalangan serta perlu rawatan yang mengambil masa lama.
“Saya tidak sanggup memberitahunya perkara sebenar kerana tidak mahu emosinya terganggu.
“Biar saya sendirian menanggung penderitaan ini kerana apa yang terjadi adalah kesalahan diri sendiri,” katanya dengan linangan air mata.
Sementara itu, Diana menganggap tahanan penjara bukan sekadar hukuman untuk kesalahan yang dilakukan malah dapat membantu seseorang banduan itu mencari jalan yang diredai Ilahi.
Kata Diana, dalam tempoh hampir setahun di penjara terbabit, dia bukan saja berpeluang mempelajari ilmu agama, malah turut menghafal beberapa surah al-Quran termasuk surah Yasin.
Katanya, dia lebih tenang dan dapat melakukan ibadat hampir setiap hari, selain berpeluang mempelajari pelbagai ilmu kemahiran.
“Saya bersyukur, di sebalik hukuman yang diterima ternyata ada hikmah besar di sebaliknya. Semoga apa yang saya lalui menjadi iktibar kepada golongan muda dan jangan sesekali terjebak dengan dadah,” katanya yang berharap kedatangan Aidilfitri kali ini membawa lebih makna kepada dirinya. – myMetro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tm2bRz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel “Saya bersyukur dimasukkan ke penjara kerana jika tidak, kemungkinan besar akan terus bergelumang dengan najis dadah dan mengakhiri kehidupan di lorong gelap."- Banduan Wanita beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/saya-bersyukur-dimasukkan-ke-penjara.html