Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com

Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com
link : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com

ZIKRI ABDULLAH

Mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Kelantan malam tadi putuskan tubuh sekretariat tetap.


Mesyuarat pimpinan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Kelantan malam tadi memutuskan untuk membentuk satu sekretariat tetap dengan Datuk Husam Musa sebagai penasihat mereka.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata mesyuarat bersetuju menetapkan perjumpaan pimpinan PH peringkat negeri itu dibuat secara bulanan.

"Seperti malam tadi, setiap parti diwakili oleh 5 pemimpin utama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan pertama di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kota Bharu malam tadi.

Mesyuarat malam tadi juga kata Wan Rahim memutuskan untuk melantik Adun Salor, Datuk Husam Musa sebagai penasihat PH Kelantan.

"Sehingga ini kita bersetuju supaya pengerusi mesyuarat ini digilirkan antara parti-parti dalam PH setiap kali diadakan.

"Keputusan juga dibuat untuk melantik Mohamad Soberi Shafii sebagai ketua urusetia sekretariat PH Kelantan," katanya.

Bermula sekarang menurutnya, semua program-program yang disusun oleh mana-mana parti dalam PH akan turut melibatkan parti-parti lain.

"Seperti beberapa program sepanjang sambutan Aidilfitri yang telah disusun bersama atau parti- parti secara bersendirian, akan mendapat kerjasama dari parti-parti rakan.

"Kita sudah mengatur satu dialog anjuran PH pada hari raya ketiga pada 27 Jun dan Amanah Nasional mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kota Bharu pada hari raya kelima (29 Jun)," katanya.

Persetujuan juga menurut beliau telah dibuat untuk mengujudkan kerjasama di peringkat parlimen dan dun.

"Jawatankuasa penyelaras PH di peringkat parllimen dan dun dengan lima wakil setiap parti komponen akan ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan.

"Dengan penubuhan ini gerakerja semua peringkat akan dibuat secara bersama walaupun masing-masing parti diberi peluang untuk merancang program masing- masing," katanya.



Demikianlah Artikel Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Husam penasihat, pengerusi digilirkan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sekretariat-ph-kelantan-dibentuk-husam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :