Judul : Selebriti berniaga sambil beramah mesra beritamalay3.blogspot.com
link : Selebriti berniaga sambil beramah mesra beritamalay3.blogspot.com
Selebriti berniaga sambil beramah mesra beritamalay3.blogspot.com
SEMPENA sambutan Hari raya Aidilfitri tahun ini, golongan selebriti tidak ketinggalan berniaga, khasnya rangkaian pakaian jenama sendiri.
Mengambil kira permintaan, ada antara selebriti yang sanggup turun padang berniaga.
Selain mencari rezeki, cara ini juga menjadi alternatif terbaik untuk bertemu peminat dengan lebih dekat selain dapat beramah mesra dan mengambil peluang berfoto bersama.
Itulah yang boleh Media Hiburan simpulkan apabila ramai peminat membanjiri Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk membeli pakaian khas lebaran daripada artis kesayangan mereka.
Program Sembang Santai Selebriti Jakel Barulah Raya 2017 itu, menyaksikan kemunculan duta raya jenama itu tahun ini yang turut bersama-sama memeriahkan kempen bertemu pelanggan Jakel.
Antaranya ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat.
Peminat turut berpeluang bertemu wajah duta iaitu Hairul Azreen sekeluarga dan pelawak, Harith Iskander.
Menyifatkan program sedemikian adalah idea terbaik untuk peminat bertemu artis kesayangan mereka, diskaun hebat yang ditawarkan juga menjadi antara penyumbang kepada jenama itu dalam memberikan yang terbaik untuk pelanggan setia.
“Bagi saya program ini cukup menarik, tambah pula dengan potongan harga yang hebat. Selain dapat bertemu selebriti, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai tawaran menarik.
“Jadi tak hairanlah kalau pengunjung yang hadir pun ramai meski masih di awal puasa,” kata Nabil Ahmad yang menjadi duta untuk koleksi Baju Raya Nabil Ahmad untuk tahun ketiga.
Sementara Harith Iskander yang pertama kali dipilih sebagai wajah raya Jakel khusus untuk keluaran baju raya ‘plus size’ merakamkan rasa gembira dan terharu atas pemilihannya.
“Ini merupakan kolaborasi pertama bersama Jakel dan pastinya saya gembira kerana inilah syarikat bumiputera pertama yang mengambil saya sebagai wajah mereka dan saya cukup bangga,” akui Harith.
Selain baju Melayu, Jakel pada tahun ini turut mengembangkan produknya dengan memberi lebih pilihan cita rasa terhadap koleksi kurta, baju kurung dan koleksi kanak-kanak.
The post Selebriti berniaga sambil beramah mesra appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7UNfE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Selebriti berniaga sambil beramah mesra beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Selebriti berniaga sambil beramah mesra beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/selebriti-berniaga-sambil-beramah-mesra.html