Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com

Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com
link : Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz membidas seorang lagi menteri hari ini berikutan kekecohan mengenai kenyataannya terhadap seorang menteri Sarawak kerana mempertikaikan cukai pelancongan baharu.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu, yang diserang ahli politik Barisan Nasional dan pembangkang selepas menggelar Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah “setahun jagung”, hari ini menyerang menteri persekutuan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Rahman, seorang menteri di jabatan perdana menteri dan ahli Parlimen Kota Belud, sebelum ini mempertahankan Karim.
“Datuk Karim mungkin baru sebagai menteri Sarawak tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih,” kata Rahman di Twitter.
Nazri menjawab Rahman juga menteri “baru dan tidak berpengalaman” dan tidak perlu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim.
“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi, saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim,” kata Nazri.
“Dia tidak perlu menasihati Menteri Kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral.”
Rahman berkata perang mulut antara Nazri dan Karim merumitkan usaha kerajaan menjelaskan cukai pelancongan.
“Menteri Persekutuan perlu lebih bertimbang rasa apabila berurusan dengan soalan tulen dan kebimbangan dari pemimpin Sabah dan Sarawak,” katanya.
Nazri berkata jika Karim “ahli politik berpengalaman”, beliau sepatutnya meminta penjelasan mengenai cukai pelancongan terlebih dahulu, “bukannya terus menyerang dan mengatakan kerajaan persekutuan tidak sensitif, padahal perkara itu (cukai pelancongan) sudah lama dibincangkan”.
Cukai pelancongan baru yang akan bermula pada 1 Julai ini akan menyaksikan hotel mengenakan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 bagi penginapan semalaman.
Karim berkata cukai baru itu contoh kerajaan persekutuan mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa berunding terlebih dahulu, dakwaan yang mengundang kemarahan Nazri.
“Anda (Karim) tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri.
Kenyataan itu dikutuk ahli politik kedua belah pihak di Sarawak. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof mengecam Nazri kerana menghina Karim. #sumber


Demikianlah Artikel Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/selepas-membidas-karim-nazri-aziz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :