Judul : Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani beritamalay3.blogspot.com
link : Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani beritamalay3.blogspot.com
Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Pergolakan yang melanda Felda Global Ven­tures Holdings Berhad (FGV) perlu diselesaikan segera kerana ia dikhuatiri boleh menggugat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara terhadap agensi perladangan bersepadu itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana Felda merupakan syarikat besar dalam aktiviti perladangan negara.
“FGV adalah syarikat yang disenaraikan di bursa dan mencakupi pelaburan pelbagai pihak. Sentimen pelbagai pelabur ini akan terhakis jika kemelut ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh dan sistematik, sekali gus menyebabkan saham FGV merudum saban hari,” katanya kepada pemberita pada Program Nur Ramadan 2017 Peringkat Titiwangsa di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas pergolakan dalaman FGV sehingga empat pegawai kanannya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta.
Semalam, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad mengeluarkan arahan bercuti itu kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Mereka yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar.
Johari berkata apa jua keputusan yang dibuat perlulah memastikan tiada pihak yang teraniaya atau silap dalam membuat keputusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat terbabit.
Terdahulu, beliau merasmikan program Nur Ramadan dan menyerahkan sumbangan kepada 500 golongan asnaf dari kawasan Titiwangsa. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWD5b2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/selesaikan-segera-kemelut-fgv-johari.html