Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com
link : Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Seorang lagi rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Iraq.

Rakyat Malaysia berusia 38 tahun itu dan berasal dari Ipoh, Perak didakwa terbunuh di bandar Mosul, kelmarin.

Sumber perisikan berkata, setakat ini kematian lelaki itu masih belum dapat disahkan dan pihaknya sedang berusaha mengumpul maklumat tepat bagi mendapatkan pengesahan.

"Subjek pernah muncul dalam sebuah klip video propaganda Daesh bertajuk, 'Mesej Awam kepada Malaysia' pada Januari tahun lalu bersama seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Abd Halid Dari.

"Dalam video klip itu, subjek memberi amaran dan ancaman kepada kerajaan Malaysia kerana menghalang perkembangan kumpulan IS (Daesh) di Malaysia," katanya.

Sumber itu berkata, lelaki berkenaan ke Syria pada 6 Mac 2014 dan menyertai kumpulan militan Ajnad al-Sham.

Subjek kemudian menyertai kumpulan Daesh selepas rakannya yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin terbunuh dalam serangan hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di negara bergolak itu pada 9 September.

Katanya, risikan turut mendedahkan bahawa lelaki berkenaan pernah menyertai kumpulan Khatibah Nusantara, iaitu sayap kumpulan Daesh yang menggabungkan militan dari Malaysia dan Indonesia.

Kematian berkenaan menjadikan jumlah militan Malaysia yang terbunuh di Iraq dan Syria setakat ini adalah seramai 31 orang.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ketua militan Daesh Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi terbunuh dalam serangan di Raqqa, Syria 29 April lalu.

Wanndy, 26 tahun dan berasal dari Durian Tunggal, Melaka, dipercayai dalang kepada beberapa serangan di Asia Tenggara, selain yang berlaku di negara ini termasuk kejadian letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong, tahun lalu. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reo1dm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Iraq beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/seorang-lagi-rakyat-malaysia-terbunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :