Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com

Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com
link : Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com

LONDON: Polis United Kingdom pada Selasa menamakan suspek ketiga dalam insiden yang meragut tujuh nyawa dalam satu serangan di London, Sabtu lalu.

Suspek dikenali sebagai Youssef Zaghba, warga Itali berusia 22 tahun dan berada dalam senarai ‘individu merbahaya’ yang dikeluarkan pihak berkuasa Britain selepas dia berpindah ke London, tahun lalu.

Seorang peguam Itali mendakwa Zaghba, yang berdarah keturunan Maghribi dan Itali, pernah ditahan di Lapangan Terbang Bologna pada tahun 2016 kerana disyaki dalam perjalanan ke Syria, dan dilaporkan memberitahu polis yang dia mahu menjadi pengganas.

Itali, bagaimanapun berkata peguam itu tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai Zaghba, namun telah menghantar amaran kepada Britain.

Serangan berkenaan mendedahkan beberapa isu dalam kempen politik untuk pemilihan parlimen pada Khamis, dengan kedua-dua Parti Konservatif dan Parti Buruh bertelagah mengenai isu keselamatan.

Perdana Menteri Theresa May berkata dia akan berusaha untuk mengubah hak perlindungan asasi manusia yang menyukarkan proses buang negeri atau menahan individu yang disyaki militan apabila terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa mereka.

Salah seorang daripada penyerang, Khuram Butt, dikenali dalam kalangan pihak berkuasa keselamatan dan berpotensi untuk menjadi bahaya, namun serangan pada Sabtu mendedahkan kemungkinan pihak berkuasa gagal mendapatkan maklumat lebih awal dan tepat.

Butt, warganegara Britain berumur 27 tahun dan dilahirkan di Pakistan, telah muncul dalam siaran rencana TV Britain tahun lepas, "The Jihadis Next Door".

Selain Butt, seorang lagi suspek adalah warga Libya, Rachid Redouane, 30 tahun.

Seramai tujuh orang maut dalam serangan rempuhan van dan tikaman pada malam Sabtu, sementara 48 yang lain cedera.

Polis berjaya menembak mati tiga suspek lelaki, yang menggunakan van sewa untuk merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menyerang orang ramai di Borough Market dengan pisau.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz5w1L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan London: Polis dedah nama suspek ketiga beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/serangan-london-polis-dedah-nama-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :