‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com

‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com
link : ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR – “Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi”?

Itulah maklum balas ringkas dan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengakhiri lawatannya ke Galeri TRX hari ini.

Sesetengah pihak terutamanya pembangkang membangkitkan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap keupayaan kerajaan untuk menyiapkan projek itu, yang akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.

Terdahulu, Najib tiba di Galeri TRX di Jalan Utara di sini pada 4.15 petang dengan disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Perdana menteri kemudian mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini pembangunan projek itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut meninjau model dan pejabat TRX serta dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum beberapa kali semasal beliau diberi taklimat sepanjang lawatannya ke Galeri TRX itu.

Beliau juga berhenti seketika di dek pemerhatian untuk meninjau keseluruhan peta dan projek itu sebelum menandatangani sebuah plak di hadapan sepohon pokok yang dinamakan ‘Merdeka’, yang dipercayai antara pokok tertua yang masih ada sejak kemerdekaan negara pada1957.

Perdana menteri kemudian beredar keluar daripada tapak projek TRX itu pada 5 petang.

Ini adalah lawatan ketiga Najib ke tapak projek TRX selepas beliau melancarkan projek itu pada Julai 2012. Beliau melawat TRX Gate One di Jalan Tun Razak pada dua tahun lepas.

Menurut kenyataan media, TRX akan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan persekitaran perniagaan berpusat yang lancar bagi firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sokongan.

Kira-kira 70 peratus kawasan yang terdapat di TRX telah dikomersilkan dan TRX City terus menerima minat ketara daripada pelbagai pelabur dan penyewa tempatan dan antarabangsa termasuk bank-bank dan institusi kewangan utama dunia.

TRX antara lainnya menampilkan stesen pertukaran MRT bersepadu yang disokong oleh hubungan terus ke jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, MEX Highway dan Terowong SMART.

TRX City Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, merupakan pemaju utama projek itu. Ia kini adalah sebuah entiti tersendiri.

TRX, yang dibangunkan dalam tempoh 15 tahun, akan dibina secara berperingkat dengan fasa satu dijangka siap pada 2018/2019.

Dengan nilai pembangunan kasar TRX dianggarkan RM40 bilion, ia turut merangkumi pelaburan ruang-ruang pejabat gred A selain disokong oleh kediaman, hospitaliti, peruncitan, riadah dan kebudayaan bertaraf dunia. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsXNlx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/siapa-cakap-projek-trx-tak-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: