Judul : Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok beritamalay3.blogspot.com
link : Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok beritamalay3.blogspot.com
Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok beritamalay3.blogspot.com
Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas.
Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.
"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.
"JAIS tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.
Pada Jumaat lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.
Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.
Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDAnb6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/siasatan-terhadap-nazir-masjid-kampung.html