Judul : Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com
link : Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com
Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com
MALAYSIA DATELINESistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka hamba kepada tanah rancangan itu dan kerajaan, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin.
Beliau berkata, keadaan ini kemudiannya dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memeras ugut peneroka supaya mengundi mereka pada pilihan raya.
Menurut Kadir, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), bertujuan menghapuskan kemiskinan, keberhutangan dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin namun keadaan sebaliknya berlaku hari ini.
“Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka.
Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.
“Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.
“Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah,” katanya.
Hakikatnya, Kadir berkata, insentif yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan itu sebenarnya ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai, namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.
Demikianlah Artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sistem-felda-jadikan-peneroka-hamba.html