Judul : Siti Gemar Nasi Impit Kuah Kacang Air Tangan Ibu beritamalay3.blogspot.com
link : Siti Gemar Nasi Impit Kuah Kacang Air Tangan Ibu beritamalay3.blogspot.com
Siti Gemar Nasi Impit Kuah Kacang Air Tangan Ibu beritamalay3.blogspot.com
Kenangan waktu kanak-kanak menjadi kenangan terindah. (Gambar: Mohamad Bakar)
Tanyalah kepada sesiapapun, saat bersalam sesama ahli keluarga dan sanak saudara di pagi raya pasti mengundang tangisan dan syahdu.
Bahkan setiap kali menjelang raya, pelbagai rasa hadir buat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Memori bersalaman dengan keluarga termasuk arwah ayah juga antara yang dirindui.
Malah penyanyi lagu Segala Perasaan itu juga tidak mampu menyembunyikan kepiluannya apabila terkenangkan bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang menemui Ilahi pada 15 Februari 2009.
Menjadi anak yang rapat dengan arwah, perasaan sebak itu sukar dihakis lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan. Namun, Siti dan keluarganya pasti akan mengunjungi pusara arwah di hari raya.
“Memang syahdu, salam raya ketika zaman kecil. Satu famili berkumpul termasuk dengan arwah abah. Saat itu memang satu kenangan yang tak boleh dijual beli. Tapi kini sejak berkeluarga sendiri dan semakin meningkat dewasa, momen itu berubah pulang bersalam-salaman dengan suami dan keluarga mentua.
“Bab makan pula, saya antara penggemar nasi impit dengan kuah kacang terutama air tangan ibu. Kalau hidangan emak mertua pula, saya suka ketupat daun palas yang dimakan dengan rendang. Kalau kuih pula, saya suka tat nenas," kata isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu.
Penyanyi deretan lagu raya seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal ini juga menyifatkan lebaran menjadi satu medan pertemuan dan berkumpul sesama ahli keluarga serta saudara.
Namun kenangan menyambut Aidilfitri sewaktu zaman kanak-kanaknya yang disifatkannya sebagai paling indah juga tidak dapat dilupakan.
"Masa kecil dulu, seronok jalan keliling kampung bersama rakan-rakan untuk kutip raya. Setiap rumah pasti kami akan singgah. Memang penat, tetapi berbaloi apabila dapat duit raya. Alangkah indah dapat kembalikan semula masa ke zaman kanak kanak, boleh dapat duit raya balik," selorohnya.
Raya tahun ini, Siti juga akan beraya dengan koleksi jenama pakaiannya sendiri iaitu Creacion by Siti Nurhaliza.
“So tak jadi masalah lagi sebab dah ada baju raya sendiri selain baju pereka fesyen yang Siti gemari,” katanya.
Tahun ini, Siti akan pulang beraya di kampung halaman suami dahulu di Kedah dan diikuti Kuala Lipis. Raya pertama Siti dan Suami akan beraya di ibu kota.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOoXog
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Siti Gemar Nasi Impit Kuah Kacang Air Tangan Ibu beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Siti Gemar Nasi Impit Kuah Kacang Air Tangan Ibu beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/siti-gemar-nasi-impit-kuah-kacang-air.html