Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com

Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com
link : Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara optimis mampu ​​​​melakar kejutan layak ke Piala Dunia 2018 apabila turun menentang pasukan terbaik dunia pada Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussel, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai depan.

Walaupun satu kemenangan di peringkat kumpulan sudah cukup buat skuad ‘Malaysian Tigress’ mara ke suku akhir, sekali gus layak ke Piala Dunia, ia bukan tugas mudah apabila Malaysia diundi bersama naib juara Piala Dunia 2014, Australia, pasukan nombor lima dunia New Zealand, Sepanyol (10) dan tuan rumah Belgium (14) dalam Kumpulan B.

Ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah, bagaimanapun berkata skuad kendaliannya yang berada di ranking ke-22 dunia, akan berjuang habis-habisan untuk mencapai misi yang dianggap mustahil pada penampilan sulung mereka di saingan tersebut.

“Malaysia pasukan yang berada di ranking paling bawah dalam 20 pasukan yang beraksi pada Separuh Akhir WHWL di Brussels dan Johannesburg. Secara realitinya jika bertanya kepada sesiapa pun, mereka akan mengatakan Malaysia tidak akan mempunyai peluang layak ke peringkat suku akhir.

“Pemain mempunyai keyakinan tinggi untuk memberi tentangan kepada pasukan handalan di sana. Saya yakin mereka akan bermain bermati-matian, tetapi adakah ia cukup untuk melayakkan kami ke Piala Dunia? Saya sendiri tiada jawapan kerana pusingan separuh akhir merupakan tahap yang cukup berbeza dan pengalaman baru kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan senarai 18 pemain yang akan menggalas cabaran negara ke Belgium, dengan mengekalkan sebahagian besar skuad yang muncul naib juara Pusingan Kedua WHWL di Kuala Lumpur pada Januari lepas,

Pada saingan kali ini, Dharma Raj menyenaraikan semula pemain berpengalaman Norbaini Hashim yang telah pulih daripada kecederaan, pemain pertahanan Syafiqah Mohd Zain untuk mengisi kekosongan Siti Shahidah Saad yang bersara, serta Nur Zafirah Aziz yang mengambil tempat Surizan Awang Noh di bahagian serangan.

Dharma Raj berkata fokusnya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan menentang Belgium dan Sepanyol, selain mempamerkan corak permainan bertahan menentang Australia dan New Zealand.

Beliau berkata sebagai aksi pemanas badan menghadapi WHWL, Malaysia bakal mengharungi perlawanan persahabatan menentang tiga kelab terkemuka Belanda.

“Kita akan tiba di Amsterdam pada pagi Selasa, petang itu kita terus bermain dengan kelab HIC. Seterusnya, kita akan bermain dengan kelab Hurley (14 Jun) dan Pinoke (15 Jun) sebelum bertolak ke Belgium pada 18 Jun.

“Saya berharap pemain dapat memanfaatkan perlawanan pemanas badan itu. Aksi itu penting kerana pemain telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik selepas mengharungi 13 aksi persahabatan ketika jelajah Eropah pada April lalu,” katanya.

Malaysia akan memulakan kempen WHWL menentang Australia pada 21 Jun, dan seterusnya berdepan Sepanyol (22 Jun), Belgium (24 Jun) dan New Zealand (27 Jun). Hanya empat pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Berikut senarai 18 pemain:

Juliani Mohamad Din, Siti Noor Amarina Ruhani (Kapten), Raja Norsharina Raja Shabuddin, Nor Hasliza Md Ali, Fatin Shafika Mohd Sukri, Nurul Nabihah Mansur, Mas Huzaimah Md Aziz, Norazlin Sumantri, Siti Rahmah Othman.

Wan Norfaiezah Md Saiuti, Hanis Nadiah Onn, Farah Ayuni Yahya, Fazilla Sylverster Silin, Nuraini Abdul Rashid, Nurbaini Hashim, Nur Syafiqah Mohd Zain, Nuraslinda Said, Nur Zafirah Aziz.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slJBvY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Hoki Wanita Sedia Galas Tugas Mustahil beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/skuad-hoki-wanita-sedia-galas-tugas.html

Subscribe to receive free email updates: