Judul : Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com
link : Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com
Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Skuad berbasikal Sukan SEA 2017 membuat perubahan mengejut dengan menggugurkan nama Muhammad Shah Firdaus Sahrom daripada acara keirin.
Ini bermakna pemenang pingat gangsa keirin Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 dan Trek Piala Dunia Siri IV 2017 berusia 22 tahun itu tidak akan bergandingan dengan juara keirin dunia, Aziziulhasni Awang dalam temasya dwitahunan itu.
Langkah drastik itu dibuat selepas percaturan terpaksa dilakukan demi memastikan acara trek dapat menyumbang sebanyak mungkin pingat emas daripada yang disasarkan dalam lumba basikal.
“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira faktor pingat yang kita sasarkan iaitu sebanyak 13 emas menerusi basikal.
“Kami percaya Shah Firdaus mampu menyumbang emas dalam acara lain iaitu 1km ujian masa.
“Bagaimanapun Shah Firdaus kekal bergandingan dengan Azizulhasni dalam acara 200 meter pecut. Dalam keirin, Azizulhasni digandingkan dengan pelumba muda daripada program Podium berusia 21 tahun, Shariz Efendy Mohd. Shahrin,” kata penolong pengurus pasukan, Kamarul Aizad Othman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA 2017 yang dikendalikan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.
Mengenai perubahan lain yang dilakukan, Aizad berkata, jawatankuasa pemilihan telah menerima cadangan sukan berbasikal untuk menyenaraikan semula Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang menarik diri daripada skuad kebangsaan sebelum ini.
Fauzan akan menyertai acara ujian masa berpasukan (TTT) bersama tiga pelumba muda iaitu Nik Mohd. Azwan Zulkifle, M. Ameen Ahmad Kamal dan M. Ameer Ahmad Kamal.
“Pasukan TTT juga akan menjadi pelumba simpanan kepada pasukan lebuhraya lepas beramai-ramai jika ada yang mengalami kecederaan, kemalangan atau masalah kesihatan pada saat-saat akhir nanti,” tambah Aizad. - Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2hank
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/skuad-keirin-gugur-shah-firdaus.html