Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com

Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com
link : Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com

KUCHING – Bagi umat Islam yang sibuk dengan urusan harian, mungkin kisah Spiderman ini yang lebih padat jadual dengan aktiviti duniawi boleh ‘buka mata’ tentang kewajipan bayar zakar fitrah.

Bagi Muslim, memang wajib menunaikan rukun ketiga itu apatah lagi pada bulan Ramadan, ramai berpusu-pusu menemui amil yang diberi kuasa mengutip zakat untuk membayar sama ada untuk diri sendiri atau tanggungan.

Ini termasuk ‘Spiderman’! Sejak semalam, tular menerusi media sosial mengenai kelibat ‘Spiderman’ yang tampil membayar zakat fitrah, sekali gus mencuri perhatian ramai pengunjung sebuah pusat beli belah di sini.

Menurut laporan laman Berita Harian, adiwira itu sebenarnya ialah Harris Fazri Hashim, yang berusia 40 tahun dan kebetulan menyertai pertandingan ‘Kostum Hari Raya’ di Majma Mall, Kompleks Islam Kuching pada Ahad lalu.

Menurut lelaki tersebut, beliau sendiri tidak menyangka tindakan spontannya hadir membayar zakat di meja amil pusat beli-belah berkenaan sambil memakai kostum ‘superhero’ popular Barat itu menarik perhatian ramai.

“Saya selalu diingatkan isteri agar tidak lupa bayar zakat fitrah kerana sudah lebih dua minggu berpuasa. Sejurus saya mahu meninggalkan pusat beli belah berkenaan, saya ternampak satu kaunter pembayaran zakat fitrah.

“Maka saya terus mengambil keputusan untuk segera menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim,” kata Harris yang dipetik laman akhbar harian tersebut. Foto itu sebenarnya dirakamkan isterinya, Fazlyn Aishah Fazsha.

Wanita berkenaan kemudian memuat naik gambar suaminya itu menerusi laman Facebooknya dengan keterangan ringkas termasuk dalam dialek Sarawak iaitu: “Neman Spiderman Mayar Zakat suamikuspiderman

Walaupun mengganggap diri sudah agak ‘tua’ untuk bergaya dengan kostum adiwira, namun ia menjadi pengalaman manis buat Harris kerana kali pertama beliau mampu membayar zakat fitrah dengan berpakaian sedemikian.

“Amil yang berada di kaunter pembayaran berkenaan pun tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap saya dan tidak pula seorang kekok melihat saya,” katanya sambil tersenyum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sr82be

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Spiderman Pun Tunai Kewajipan Bayar Zakat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/spiderman-pun-tunai-kewajipan-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :