Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com

Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com
link : Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI


Seorang sukarelawan Invoke dilaporkan ditahan polis Johor berhubung dakwaan Putrajaya mengupah pelobi AS, kata penyelaras pertubuhan itu, Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, Gerald Tang membantunya mengesahkan alamat Florence Goh, pengarah Godfrey Group Ltd, iaitu firma yang didakwa terlibat mendapatkan khidmat pelobi berkenaan.

"Tang memang telah mendapat panggilan daripada pihak polis sejak seminggu lalu. Hari ini, dia hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejebat Polis Seri Alam di Johor Bahru diiringi oleh Anggota parlimen Bukit Batu yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Pua, sebagai peguamnya.

"Dia kini ditahan polis dan akan dibawa ke mahkamah majistret esok untuk membolehkan pihak polis mendapat perintah tahanan reman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi penahanan Tang dibuat selepas Goh membuat aduan terhadap sukarelawan terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abdul Aziz, mengesahkan penahanan Tang.
Bagaimanapun kata Jokhiri penahanan itu dibuat ekoran kes kehilangan surat dan dokumen dari peti surat di Taman Molek, Johor Bahru.

Taman itu adalah kawasan menempatkan pejabat Godfrey Group.

Kata Jokhiri kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu membabitkan kesalahan mencuri.
Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Bulan lalu sebuah portal AS mendakwa Putrajaya mengupah seorang bekas pembantu Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, untuk melakukan kerja-kerja melobi bagi pihak kerajaan Malaysia.

Rafizi yang juga naib presiden PKR mendakwa, berdasarkan dokumen Jabatan Keadilan AS, Baumgardner-Nardone diupah melalui syarikat Goh.

Goh sudah dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan komennya namun belum berhasil.



Demikianlah Artikel Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukarelawan Invoke ditahan polis Johor beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sukarelawan-invoke-ditahan-polis-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :