SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com

SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com
link : SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com

“ADALAH kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah.”

Demikian lafaz sumpah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Ke-35 menggantikan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang mang­kat.

Merenung sejenak biodata ba­gin­da, Sultan Nazrin yang dipu­tera­kan pada 27 November 1956 mula melangkah dalam hie­rar­ki kesultanan Perak apabila dima­syhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984.

Baginda dima­syhur­kan sebagai Raja Mu­da Pe­rak pada 15 April 1987. Setelah kemang­katan ayah­an­da baginda pada 28 Mei 2014, De­wan Negara Perak mencapai kata sepakat Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda seterusnya dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dikenali sebagai seorang sultan berpendi­dikan tinggi, Sultan Nazrin memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah lima dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah enam hingga tingkatan dua di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Pada usia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di The Leys School, Cambridge.

Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan daripada Universiti Harvard.

Ini sekaligus menjadikan baginda Sultan pertama mempunyai PhD.

Selain itu, baginda adalah Fellow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pe­ngajian Islam Universiti Oxford, Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Malaysia Institute of Defense and Security); Felo Diraja Institut Ka­jian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia (Institute of Stra­tegic and International Stu­dies); Felo Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Dengan latar belakang pendidikan yang hebat, tidak hairanlah baginda sering diundang untuk menyampaikan ucaptama di majlis-majlis dalam dan luar negara.

Daulat Tuanku!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7Jpk1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/sultan-nazrin-sultan-pertama-mempunyai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :