Judul : Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata Abdul Karim beritamalay3.blogspot.com
link : Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata Abdul Karim beritamalay3.blogspot.com
Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata Abdul Karim beritamalay3.blogspot.com
KUCHING – Tak perlulah dipanjangkan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai beliau semalam.
Katanya, beliau memang akui Nazri sebagai ‘orang lama’ dalam arena politik negara, dan beliau sendiri (Karim) sama seperti orang lain sentiasa dalam proses pembelajaran sepanjang masa.
“Saya tidak kecil hati, tapi kalau nak kata saya baru dalam politik tak tahu apa-apa…, tak tepat juga kerana saya pun dah empat penggal jadi wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya beliau cuma berharap agar Nazri sentiasa berhati-hati semasa bercakap, sebolehnya janganlah menyinggung hati sesiapa, dan jagalah sama perasaan orang lain, apa lagi di bulan puasa ini.
Beberapa portal media melaporkan semalam Nazri menyelar kenyataan Abdul Karim minggu lepas yang menggesa kerajaan supaya menangguh pelaksaaan cukai pelancongan di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu tersebut akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan negeri.
Antara yang dipetik portal berkenaan adalah kata-kata seperti ‘baru setahun jagung jadi menteri’ dan ‘samseng’. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdSOpF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata Abdul Karim beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata Abdul Karim beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tak-perlulah-dipanjangkan-kata-abdul.html