Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com

Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com
link : Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu dan UMNO mempunyai banyak kebersamaan namun atas sedikit perbezaan satu ketika dahulu, kedua-dua parti tersebut berbalah.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kota Bharu itu sejak akhir-akhir ini, persefahaman kedua-dua parti itu dilihat semakin tinggi terutama melibatkan kerjasama demi kepentingan rakyat dan Islam.
“Kita sebenarnya punyai banyak persamaan, tetapi dahulu kita lebih pentingkan perbezaan,” kata beliau ketika berucap pada Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 Parlimen Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Kota Bahru yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Turut hadir Ketua Umno Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.
PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990 dilabel sebagai membina kerjasama dengan Umno meskipun ia dinafikan oleh kepimpinan parti itu.
Parti itu yang baru-baru ini memutuskan kerjasama politik dengan PKR tidak menganggotai Pakatan Harapan.
Dipetik Utusan Online, Mohamad Fatmi turut menjemput Takiyuddin memberi ucapan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan beliau dalam majlis yang dianjurkan oleh Umno itu.
Dalam program tersebut, menurut laporan itu, Takiyuddin juga menyertai Abdul Azeez dan Mohamad Fatmi menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 1,500 penerima.
Laporan itu mnyebut difahamkan Takiyuddin dijemput oleh Abdul Azeez bagi sama-sama menyertai program yang bertujuan membantu rakyat itu.
Mohamad Fatmi yang juga Pengerusi Kumpulan Utusan berkata, Umno menerima dengan hati dan tangan terbuka kedatangan wakil rakyat PAS dalam majlis tersebut.
Katanya, situasi tersebut menunjukkan Umno merupakan parti yang mengalukan-alukan semangat perpaduan dan tidak suka kepada perpecahan khususnya melibatkan sesama Islam.
“Kita sambut dengan baik, malah saya memberi ruang kepada beliau (Takiyuddin) berucap kerana kita hendak mengalu-alukan semangat ke­satuan dan perpaduan sesama Islam,” kata beliau.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Takiyuddin menewaskan Fatmi dalam persaingan merebut kerusi Parlimen Kota Bharu. #sumber


Demikianlah Artikel Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takiyuddin Dakwa UMNO Dan PAS Mempunyai Banyak Kebersamaan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/takiyuddin-dakwa-umno-dan-pas-mempunyai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :