Judul : 'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini beritamalay3.blogspot.com
link : 'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini beritamalay3.blogspot.com
'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini beritamalay3.blogspot.com
'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini
Macam-macam cerita kalau dengar bab nafkah, ada yang hulur sikit dan ada yang tak pernah bagi langsung. Semuanya lebih suka bagi alasan sebab bini pun dah kerja!
Eh... eh... betul ke kalau isteri kerja lelaki selamat daripada hulur duit nafkah? Nak bagi sedar dan tahu, baca perkongsian Doktor Mahyuddin Mohamed ini...
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.
"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri". Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
"Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Nabila pula bertanya.
"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la..." Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?"
"Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu"
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.
Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.
Kongsikan dengan suami-suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCB98f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 'Tamparan' Buat Suami Yang Culas Bab Nafkah, Kalau Tak Nak Rezeki Bertambah, Tak Payah Baca Nota Ini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tamparan-buat-suami-yang-culas-bab.html