Judul : Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com
link : Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com
Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOS.COMKOTA KINABALU: Tiada semakan semula tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh enam bulan bermula Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Menurut Maximus, kerajaan turut memutuskan untuk mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWj) di Semenanjung serta sebanyak 1.20 sen/kWj di Sabah dan Labuan.
Menurutnya, pengekalan semakan semula tarif elektrik dan jumlah rebat itu diputuskan Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet Rabu lalu.
"Pada mesyuarat itu, Jemaah Menteri bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjung manakala RM468 juta subsidi khas bagi Sabah serta Labuan.
"Peruntukan RM1.303 bilion ini menggunakan Dana Hasil Rundingan Semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Penjana Kuasa Bebas Generasi Pertama (Dana Penjimatan PPA)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Maximus, menerusi keputusan itu, Jemaah Menteri bersetuju memberi rebat keseluruhan kos pembekalan elektrik sebanyak 2.54 sen/kWj di Semenanjung merangkumi surcaj bahan api sebanyak 1.02 sen/kWj dan rebat tarif sebanyak 1.52 sen/kWj ditampung menggunakan Dana Penjimatan PPA.
Manakala katanya, di Sabah dan Labuan, Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj dalam tempoh sama.
"Bagi kadar tarif asas di Semenanjung dikekalkan 38.53 sen/kWj manakala Sabah dan Labuan pada 34.52 sen/kWj.
"Secara keseluruhannya, pelarasan tarif elektrik di bawah dasar kos bahan api dan penjanaan tidak seimbang (ICPT) membolehkan pengguna elektrik menikmati rebat sebanyak RM5.403 bilion di Semenanjung manakala RM196.26 juta bagi Sabah dan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Disember tahun ini," katanya.
Demikianlah Artikel Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tarif, rebat elektrik kekal beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tarif-rebat-elektrik-kekal.html