Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com

Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com
link : Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com


PUTRAJAYA: Tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI) yang berakhir pada 30 Jun ini tidak akan dilanjutkan, tegas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata pada 28, 29 dan 30 Jun, operasi pendaftaran E-Kad di pejabat Imigresen di seluruh negara akan dibuka sehingga 12 tengah malam bagi membolehkan para majikan merebut peluang mendaftarkan pekerja asing masing-masing.

"Saya amat kecewa berikutan hanya 21,789 majikan yang tampil mendaftarkan pekerja masing-masing. Program yang kita lancarkan sejak 15 Feb lalu adalah percuma tetapi masih lagi majikan tidak ambil kisah atau peduli dengan peluang disediakan ini.

"Mungkin mereka suka buat di saat akhir dan berlaku kesesakan di ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Mungkin majikan ingat kita akan lanjutkan masa, ia (lanjutan) tidak akan berlaku sama sekali," katanya dalam sidang media berhubung status permohonan E-Kad di sini,hari ini.

Mustafar berkata mulai 1 Julai, operasi besar-besaran menggempur PATI yang gagal didaftarkan oleh majikan masing-masing akan diadakan di seluruh negara dan pekerja asing yang ditangkap akan diusir keluar Malaysia.

Program e-Kad yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan membolehkan PATI mendapatkan permit kerja sah selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Mustafar, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 118,491 E-Kad dan mendaftar 131, 269 PATI sejak 15 Feb sehingga 18 Jun, manakala selebihnya sedang diproses untuk mendapatkan kelulusan.

"Angka ini memang jauh dari kita jangkakan untuk majikan-majikan datang berdaftar. Jumlah kasar pendatang asing di negara ini adalah sejuta orang tetapi Jabatan Imigresen menyasarkan 400,000 hingga 600,000 orang akan didaftarkan menerusi E-Kad ini. Itupun nampak jauh dari sasaran," katanya.

Ditanya adakah permohonan daripada majikan ditolak, Mustafar berkata semua permohonan itu disemak secara terperinci dengan mengambil biometrik majikan dan pekerja.

Setakat ini, katanya hanya 4,616 majikan ditolak kerana disenarai hitam kerana pelbagai sebab antaranya pekerja terlibat dalam jenayah serta majikan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, hanya lima industri yang dibenarkan membuat permohonan dan E-Kad yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 63,186 kepada sektor pembinaan, perkhidmatan (32,521); perkilangan (10,477); perladangan (5,716); dan pertanian (6,591).

Tinjauan mendapati ramai majikan dan pekerja asing berkumpul di perkarangan Jabatan Imigresen di sini untuk mendaftarkan PATI masing-masing sebelum tamat tempoh 30 Jun ini. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIsPUU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tempoh Permohonan E-Kad Tidak Akan Dilanjutkan - KP Imigresen beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tempoh-permohonan-e-kad-tidak-akan_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :