Judul : 'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com
link : 'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com
'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan terus membuktikan kehebatannuya apabila meraih pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Thammasat, semalam.
Khairul Hafiz yang digelar 'The Speedy Jantan' mencatatkan masa 10.31 saat (s) untuk bergelar juara, meninggalkan dua pelari Thailand iaitu Crisajda dengan catatan 10.45s, serta ketiga milik pemenang pingat emas acara itu di Sukan SEA Myanmar 2013, Jirapong Meenapra (10.48s).
Pada aksi final terbabit, dua lagi pelari negara iaitu Nixson Kennedy menamatkan saingan di tempat keenam manakala Jonathan Nyepa, ketujuh.
Badrul Hisyam Abdul Manap pula tidak menamatkan perlumbaan gara-gara kepenatan kerana turut beraksi dalam acara 400m sebelum itu.
Terdahulu, pada aksi saringan 100m yang berlangsung di sebelah pagi menyaksikan Khairul Hafiz mencatatkan kepantasan 10.36s, dan lebih pantas ketika beraksi di separuh akhir dengan catatan 10.34s.
"Saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh Khairul Hafiz dan ternyata dia sudah membuat kemunculan semula," kata jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim secara ringkas mengenai kejayaan itu.
Sementara itu, dalam acara pecut 100m wanita pula, pingat emas menjadi milik Tu Chinch Le dari Vietnam dengan catatan 11.47s, Olimpian negara, Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat perak (11.65s) manakala gangsa milik Thailand (11.83s).
Terbuka Thailand yang membuka tirainya hari ini akan berakhir pada Khamis ini dengan skuad olahraga menghantar ramai atlet bertanding ke sana sebagai kejohanan pemanas badan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini.
Selain Terbuka Thailand, skuad olahraga bakal mengharungi dua lagi kejohanan iaitu Terbuka Korea pada 26 hingga 27 Jun dan Kejohanan Olahraga Asia Ke-22 di India (6-9 Julai). - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sveX3w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel 'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'The Speedy Jantan' Takluk Thailand beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/the-speedy-jantan-takluk-thailand.html