Judul : Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari beritamalay3.blogspot.com
link : Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari beritamalay3.blogspot.com
Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari beritamalay3.blogspot.com
IPOH – Bukan hanya dikerah perlu mengemis lebih 10 jam sehari, malah mangsa eksploitasi kerja paksa atau pengemis juga tidak akan diberi makan jika gagal mengutip derma RM100 sehari.
Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata semua itu diakui oleh lima mangsa warga Thailand berumur antara 18 dan 28 tahun yang diselamatkan dalam Op Pintas/Pengemis di sini, semalam.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, semua mangsa mengaku meminta derma di kawasan Ipoh dan bazaar Ramadan konon untuk membangunkan sebuah masjid di Naratiwat, Thailand.
“Waktu mangsa mengutip derma bermula 6.30 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan sepanjang Ramadan dari 6.30 pagi hingga 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua mangsa dibawa masuk ke negara ini oleh seorang lelaki warga Thai berumur 36 tahun yang bertindak sebagai penjaga mereka bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz atau Pok Teh melalui Padang Besar, Perlis.
Merekan pada kebiasaan berada di Ipoh lebih kurang 11 bulan. Tian Kee berkata, dalam operasi itu seorang daripada mangsa diselamatkan di kawasan Gunung Rapat di sini kira-kira 3.30 petang.
“Polis merampas pelbagai barang daripada mangsa antaranya beg silang, fail mengandungi dokumen aktiviti meminta derma, telefon bimbit, wang tunai RM60 dan mata wang baht Thai sebanyak 200,” katanya.
Tian Kee berkata bertindak hasil maklumat mangsa tersebut, pihaknya membuat pemerhatian di Bazar Ramadan Taman Perpaduan Tambun dan ternampak seorang lelaki disyaki sedang mengutip derma.
“Kira-kira 9.50 malam, polis buat serbuan di sebuah rumah di Lorong Sungai Choh, Taman Tanjung Damai, Tanjung Rambutan yang disyaki tempat tinggal mangsa dan menyelamatkan empat lelaki warga Thai dalam satu bilik,” katanya.
Tian Kee berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta jenis Volvo, wang tunai RM924, lima telefon bimbit, empat buku catatan hasil kutipan derma, lima pasport serta tiga resit kutipan masjid Nurul Huda selain menahan penjaga berkenaan.
Kesemua mangsa diselamatkan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) manakala suspek disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007. – BERNAMA
Sumber: Mynewshub
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgHs4C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Tiada makanan kalau tak dapat mengemis RM100 sehari beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tiada-makanan-kalau-tak-dapat-mengemis_45.html