Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com
link : Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com



KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden rempuhan van berdekatan Masjid Finsbury Park, di Utara London awal pagi Isnin, kata Kementerian Luar.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata kerajaan Malaysia mengutuk serangan ke atas orang awam yang tidak bersalah dan menyifatkan insiden itu amat membimbangkan kerana ia seolah-olah khusus disasarkan kepada jemaah yang baru selesai menunaikan solat semasa bulan Ramadan yang mulia.

"Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga orang tersayang mangsa insiden yang ngeri ini. Malaysia berharap bahawa pelaku insiden tersebut segera dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.

Menurut laporan Reuter, sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 yang lain cedera apabila sebuah van merempuh sekumpulan jemaah pejalan kaki dekat masjid itu sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) pada Isnin ketika umat Islam meninggalkan masjid selepas menunaikan solat.

Kementerian berkata ia sedang memantau dengan rapi insiden dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pada ketika ini memberi maklumat terkini kepada komuniti Malaysia di bandar itu berhubung insiden tersebut.

Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang berada dalam kecemasan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di 52 Bedford Row, London WC1R 4LR atau menghubungi +44 (0) 207 242 4308 atau e-mel mwlondon.kln@1govuc.gov.my. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJOZsP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan Van beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/tiada-rakyat-malaysia-terjejas-insiden.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :